Kebakaran hutan yang melanda kawasan pergunungan Los Angeles, Amerika Syarikat dilaporkan merebak sehingga 145 kilometer persegi pada Isnin.

Bagaimanapun, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat California, kebakaran yang diberi nama Bobcat itu hanya enam peratus berjaya dipadam.

Sehingga kini, penduduk di daerah Arcadia diarah berpindah bagi tujuan keselamatan.

Penduduk tempatan di daerah tersebut tidak menyangka kebakaran yang bermula dari Oregon itu akan merebak ke kawasan mereka dengan cepat.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, sejak beberapa minggu lalu pasukan bomba giat menjalankan kerja-kerja memadam beberapa siri kebakaran hutan di California dan Oregon.