awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan jamin kuota haji dipenuhi, faktor kesihatan punca penangguhan - Zulkifli
PM arah titi gantung runtuh di Kuala Krai segera diganti
Pelabuhan Klang, PTP catat rekod baharu peningkatan jumlah pengendalian kontena pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan di Kanada memaksa 13,000 penduduk berpindah

Bernama
Bernama
06/05/2023
04:35 MYT
Kebakaran hutan di Kanada memaksa 13,000 penduduk berpindah
Kepulan asap tebal kelihatan di udara susulan kejadian kebakaran hutan berdekatan Lodgepole, Alberta, Kanada, 4 Mei 2023. - REUTERS
TRENTON (Kanada): Sebanyak 78 kejadian kebakaran hutan direkodkan sehingga Jumaat akibat cuaca panas dan memaksa lebih 13,000 penduduk di wilayah Alberta, Kanada berpindah, menurut pengurus Maklumat Kebakaran Hutan Alberta, Christie Tucker.
"Kami menjangkakan cuaca yang sangat panas dan angin kuat, terutamanya di bahagian utara wilayah itu.
"Keadaan ini tidak bagus, cenderung menyebabkan kebakaran hutan yang sangat aktif dan orang ramai di kawasan berhampiran perlu berhati-hati tentang keselamatan mereka sendiri," kata Tucker dalam sidang media.
Kira-kira 80 anggota bomba dijadualkan tiba dari Ontario dan Quebec pada Sabtu untuk membantu memadam kebakaran, lapor Agensi Anadolu.
Kerajaan persekutuan bersedia menawarkan sokongan, jika diperlukan.
"Walaupun kami belum menerima permintaan bantuan persekutuan daripada kerajaan Alberta, kami bersedia menyokong mereka jika bantuan atau sumber persekutuan diperlukan," menurut pejabat Menteri Keselamatan Bill Blair kepada Global News dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#cuaca panas
#bomba
#Alberta Kanada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan