awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS kecam komen 'melulu, mengapi-apikan' menteri Israel

Bernama
Bernama
30/01/2024
04:45 MYT
AS kecam komen 'melulu, mengapi-apikan' menteri Israel
Kirby ketika menjawab soalan wartawan di White House. - Foto AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengecam sekeras-kerasnya komen beberapa menteri Israel yang mendesak untuk mewujudkan semula penempatan haram Yahudi di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
"Anda mempunyai beberapa menteri dalam kabinet yang bersikap melulu atau secara melulu dan mengeluarkan kenyataan yang mengapi-apikan," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS John Kirby kepada pemberita di White House.
Pendatang haram Yahudi mengadakan persidangan mengenai penempatan semula Gaza pada Ahad. Mereka menggesa penempatan semula Semenanjung Gaza serta pembinaan penempatan haram yang diperluas di Tebing Barat yang diduduki.
Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menghadiri acara itu bersama-sama menteri lain dan menggesa "penghijrahan sukarela" rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza.
Selain itu, menteri kewangan Israel Bezalel Smotrich juga menyokong penempatan semula di Gaza.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggap aktiviti penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki sebagai tidak sah dan telah berulang kali menggesa Israel untuk menghentikannya, tetapi tidak berjaya.
Badan dunia itu memberi amaran bahawa tindakan Israel hanya menjejaskan penyelesaian yang berpotensi terhadap konflik berkenaan, iaitu berdasarkan penyelesaian dua negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#Tebing Barat
#penempatan haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan