awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecuaian juruterbang punca KA-1 gugur pod senjata, tangki bahan api - Tentera Udara Korea Selatan

Bernama
Bernama
21/04/2025
04:00 MYT
Kecuaian juruterbang punca KA-1 gugur pod senjata, tangki bahan api - Tentera Udara Korea Selatan
Tentera Udara Korea Selatan memohon maaf kepada orang awam atas kejadian yang berlaku dan memberi jaminan langkah pencegahan akan diambil bagi mengelakkan ia berulang. - Foto Industri Aeroangkasa Korea
SEOUL: Kecuaian juruterbang dikenal pasti sebagai punca insiden sebuah pesawat ringan KA-1 menggugurkan dua pod senjata dan tangki bahan api kosong minggu lepas, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan rasmi tentera udara Korea Selatan pada Isnin.
Insiden berlaku pada malam Jumaat ketika latihan penerbangan di ruang udara Pyeongchang, kira-kira 125 kilometer di timur Seoul.
Komponen berkenaan dilaporkan jatuh di kawasan pergunungan.
Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan akibat kejadian itu.
"Hasil siasatan mengesahkan bahawa kecuaian juruterbang di tempat duduk belakang menjadi punca kejadian," menurut kenyataan Tentera Udara.
Juruterbang berkenaan dilaporkan tersilap menekan butang pelepasan kecemasan ketika cuba melaras pemanas dalam kokpit.
Tentera Udara Korea Selatan turut memohon maaf kepada orang awam atas kejadian yang berlaku dan memberi jaminan bahawa langkah pencegahan akan diambil bagi mengelakkan insiden seumpamanya berulang.
Sebahagian besar operasi pesawat dihentikan susulan insiden itu, namun dijadualkan bersambung semula pada petang Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tentera Udara Korea Selatan
#juruterbang cuai
#pesawat ringan KA-1
#pod senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan