awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keji! Masak, hidang daging kekasih

Sinar Harian
Sinar Harian
22/11/2018
08:07 MYT
Keji! Masak, hidang daging kekasih
Penemuan menggemparkan itu hanya dibuat selepas ahli keluarga lelaki itu mencarinya di kediaman mereka di bandar al Ain yang terletak bersempadan Oman. - Gambar hiasan
Seorang wanita Maghribi didakwa membunuh kekasihnya dan 'menghidangkan' cebisan dagingnya yang dimasak kepada pekerja warga Pakistan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Akhbar The National melaporkan wanita berusia lingkungan 30-an itu melakukan perbuatan itu tiga bulan lalu, namun ia hanya diketahui baru-baru ini selepas penemuan gigi manusia dalam alat pengisar.
Dia kemudiannya mengaku kepada polis dan siasatan telah dilancarkan.
"Wanita itu telah menjalinkan hubungan dengan mangsa selama tujuh tahun. Dia nekad membunuh teman lelakinya selepas mangsa memberitahu akan berkahwin dengan wanita lain dari Maghribi," lapor akhbar itu.
Polis bagaimanapun tidak mendedahkan bagaimana dia dibunuh.
Namun, wanita terbabit dipercayai telah menghidangkan cebisan daging mangsa yang dimasak bersama menu tradisional.
Penemuan menggemparkan itu hanya dibuat selepas ahli keluarga lelaki itu mencarinya di kediaman mereka di bandar al Ain yang terletak bersempadan Oman.
Menurut wanita itu, dia turut meminta bantuan rakannya untuk membersihkan pangsapuri terbabit selepas kejadian pembunuhan tersebut.
Difahamkan, suspek telah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental. - BBC
Topic Berkaitan
#bunuh
#Dubai
#Emiriah Arab Bersatu
#gigi
#Kekasih
#kesihatan
#Maghribi
#mangsa
#mental
#pengisar
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan