awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keji! Wanita ini selamba sidai 'sotong kering' dalam pesawat

Agensi
Agensi
21/02/2018
11:15 MYT
Keji! Wanita ini selamba sidai 'sotong kering' dalam pesawat
ada yang berpendapat seluar dalam itu mungkin bukan miliknya tetapi kepunyaan kanak-kanak yang turut menaiki pesawat tersebut bersama-samanya. -FOTO Facebook @LOL Memes
TANPA menghiraukan penumpang lain, seorang wanita tidak dikenali bertindak melakukan sesuatu yang amat janggal di dalam sebuah pesawat -- mengeringkan seluar dalam pada lubang penyaman udara.
Kejadian pelik ini dilapor berlaku di dalam pesawat syarikat penerbangan Ural yang berlepas dari Antalya, di utara Turki ke ibu negara Rusia, Moscow.
Beberapa saksi berkata wanita tersebut tanpa segan silu membalik-balikkan seluar dalam itu bagi memastikan ia kering sepenuhnya.
Yang peliknya, penumpang lain seakan membiarkan saja dia dengan tindakannya itu tanpa berusaha untuk menegurnya.
Ada yang berpendapat bahawa seluar itu mungkin bukan miliknya tetapi kepunyaan kanak-kanak yang menaiki pesawat tersebut bersamanya.
Walaupun kejadian ini mungkin amat jarang berlaku, namun ramai yang berpendapat ia sesuatu yang biasa kerana banyak lagi perkara menjengkelkan yang pernah berlaku di dalam pesawat, antaranya penumpang berdengkur kuat dan juga membuka kasut dengan bau stoking yang busuk.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#kering seluar dalam
#Moscow
#penerbangan
#pesawat
#Rusia
#sidai seluar dalam
#Turki
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan