awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Australia boleh iringi mayat mangsa MH17 kembali, kata Tony Abbot

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2014
02:32 MYT
Keluarga Australia boleh iringi mayat mangsa MH17 kembali, kata Tony Abbot
ABBOT: Selepas jenayah, muncul pula perlindungan bukti. -gambar fail
Ahli keluarga mangsa nahas penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) akan diberikan peluang ke Belanda untuk mengiringi mayat mangsa nahas itu kembali ke Australia.
Dalam satu laporan AFP, Perdana Menteri Australia Tony Abbot berjanji untuk mendapatkan mayat-mayat mangsa dikembalikan kepada keluarganya.
Sekurang-kurangnya 37 mangsa yang terbabit dalam nahas tersebut ialah rakyat Australia.
Kesemua mayat yang ditemui di tapak nahas telah dipindahkan ke Kharkiv menggunakan kereta api berpendingin hawa pada Selasa, dan akan diterbangkan ke Belanda untuk proses pengecaman dan penghantaran pulang.
“Kebiasaanya, ia mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum kita boleh membawa mereka pulang ke tanah air, kembali kepada mereka yang tersayang. Namun kita akan tetap membawa mereka pulang.” katanya dalam satu kenyataan.
“Setelah mangsa-mangsa MH17 rakyat Australia dikenal pasti, kerajaan akan membawa keluarga mereka ke Belanda sekiranya mereka mahu, untuk mengiringi mayat keluarga masing-masing dibawa pulang,” tambahnya.
Menurut Abbot, Gabenor General Peter Cosgrove akan berada di Belanda untuk menerima ketibaan pesawat-pesawat yang membawa mayat-mayat nahas MH17.
Abbot lantang mengkritik usaha-usaha yang dilakukan untuk mengawal tapak nahas di mana Australia telah menghantar lebih 100 pegawai ke Ukraine dan Belanda untuk membantu usaha membawa pulang mayat-mayat mangsa.
“Selepas jenayah, muncul pula perlindungan bukti. Apa yang kita telah lihat ialah gangguan ke atas bukti dalam skala besar. Ia perlu dihentikan.” katanya.
Wakil khas Abbot, Ketua Marshal Udara yang telah bersara Angus Houston sudah berada di Kharkiv bagi menerima ketibaan keranda-keranda berisi mayat nahas, namun pegawai Belanda mengesahkan hanya 200 mayat yang telah diterima setakat ini, berbeza daripada jumlah yang dijanjikan oleh pihak pemberontak pro-Rusia terbabit.
Kumpulan pemerhati antarabangsa pula berkata, terdapat mayat-mayat yang dibiarkan reput di bawah keadaan cuaca panas di lokasi nahas.
Abbot berkata, kerajaannya tegas sejak dari mula untuk mendapatkan mayat-mayat mangsa, mengawal tapak nahas, menjalankan siasatan serta mendapatkan keadilan untuk mangsa dan keluarganya mereka.
“Kerajaan tidak akan berehat selagi ini semua tidak dilakukan,”katanya.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#KLIA
#Malaysia Airlines
#MH17
#penerbangan Malaysia
#Rusia
#tony abbot
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan