awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
07/02/2026
02:35 MYT
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
Siasatan awal mendapati kren tersebut dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh sebelum dipercayai terlanggar tebing kaki lima, menyebabkan ia hilang imbangan dan terbalik. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang pengendali kren warga Bangladesh maut selepas sebuah kren jenis 'spider lift' terbalik dan menghempapnya dalam satu kemalangan di Jalan Perak, ibu negara, pada Jumaat.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa, kejadian itu turut melibatkan dua buah kereta.
"Laporan berhubung kejadian itu diterima kira-kira jam 10.40 malam ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan papan tanda bangunan di bahu jalan.
"Siasatan awal mendapati kren tersebut dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh sebelum dipercayai terlanggar tebing kaki lima, menyebabkan ia hilang imbangan dan terbalik.
"Kren yang terbalik itu kemudian menghempap pengendali berkenaan serta dua buah kenderaan berhampiran iaitu sebuah Proton Persona dan sebuah BMW 523i," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Beliau berkata, salah sebuah kenderaan tersebut dinaiki seorang pemandu dan penumpang, manakala sebuah lagi hanya dipandu oleh pemandu.
"Bagaimanapun, kesemua mereka dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Pengendali kren berusia 32 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur," ujarnya.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti syarikat pemilik kren dan kontraktor terlibat, selain menyemak permit kebenaran kerja yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut sedang diperoleh bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#pekerja Bangladesh
#maut
#dihempap kren
#Mohd Zamzuri Mohd Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan