DUNIA
Keluarga Iryna Zarutska tuntut reformasi sistem keadilan selepas mangsa ditikam dalam tren

Keluarga pelarian Ukraine, Iryna Zarutska (foto), yang maut ditikam dalam tren, menuntut reformasi sistem keadilan jenayah AS termasuk undang-undang jaminan dan pengurusan pesakit mental. -Gambar fail/Reuters
CHARLOTTE: Keluarga pelarian Ukraine, Iryna Zarutska, 23, yang maut ditikam dalam tren, di sini, 22 Ogos lalu, menuntut perubahan pada sistem keadilan jenayah di Amerika Syarikat susulan pembunuhan tragis yang menimpa mangsa.
Ringkasan AI
- Keluarga pelarian Ukraine, Iryna Zarutska, yang maut ditikam dalam tren, menuntut reformasi sistem keadilan jenayah AS termasuk undang-undang jaminan dan pengurusan pesakit mental.
- Suspek Decarlos Brown Jr, yang memiliki 14 rekod jenayah dan masalah kesihatan mental, dibebaskan tujuh bulan sebelum insiden melalui sistem jaminan tanpa tunai.
- Iryna melarikan diri dari perang Ukraine dan menetap di Charlotte, namun dibunuh secara tragis ketika dalam perjalanan pulang, mencetuskan kemarahan awam dan gesaan perubahan sistemik.
Sementara itu, bapa saudara mangsa dalam temu bual eksklusif bersama Good Morning America berkata pimpinan negara harus bertindak agar insiden sama tidak berulang.
“Negara kita perlu berubah dalam menangani kes seperti ini. Kepimpinan perlu ambil tindakan. Kita tak boleh terus biarkan perkara ini berulang”.
Iryna melarikan diri dari perang di Ukraine bersama ibu, abang dan adik perempuannya pada 2022. Di Charlotte, dia bekerja di sebuah restoran piza sambil mengikuti kelas bahasa Inggeris di kolej komuniti.
Iryna sedang dalam perjalanan pulang dan sempat menghantar mesej kepada teman lelakinya, Stanislav ‘Stas’ Nikulytsia.
Mangsa bagaimanapun ditikam hingga mati oleh suspek Decarlos Brown Jr, 34, yang memiliki 14 rekod jenayah lampau dan dilapor mengalami masalah kesihatan mental.
Brown dibebaskan tujuh bulan sebelum insiden oleh Hakim Majistret Teresa Stokes melalui sistem jaminan tanpa tunai, mencetuskan kemarahan awam dan gesaan agar beliau disingkirkan dari jawatan.
Nikulytsia, yang tinggal bersama Zarutska di Charlotte, menyifatkan keputusan tersebut sebagai pengabaian sistem keadilan yang telah meragut nyawa wanita berusia 23 tahun itu.
“Dia sepatutnya selamat di sini. Tapi sistem gagal melindunginya,” kata Nikulytsia dalam satu kenyataan yang disiarkan media tempatan.
Suspek kini ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh tahap pertama.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami