ANAK kepada aktivis kulit hitam terkenal, Malcolm X yang dibunuh 58 tahun lalu, memfailkan notis untuk saman beberapa agensi penguatkuasa berhubung kematian bapanya.
Antara yang disenaraikan adalah untuk tindakan undang-undang itu termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Agensi Siasatan Pusat (CIA) dan polis New York
Ilyasah Shabazz mendakwa beberapa agensi persekutuan dan badan di bawah pihak berkuasa New York sengaja menyembunyikan bukti mereka terlibat dalam konspirasi pembunuhan Malcolm X.
"Selama bertahun-tahun, keluarga kami mencari kebenaran berhubung pembunuhannya. Kami mahu bapa kami mendapat keadilan sewajarnya.
"Kebenaran mengenai keadaan hingga membawa kepada kematian bapa kami bukan sahaja penting kepada keluarga kami, tetapi juga ramai pengikutnya, yang menjadikan beliau sebagai panduan.
"Harapan kami proses litigasi ini akan memberi jawapan kepada soalan yang tidak terjawab sebelum ini. Kami mahu keadilan ditegakkan untuk bapa kami," katanya.
Shabaz menuntut ganti rugi AS$100 juta.
Jabatan Polis New York dalam pada itu enggan mengulas proses perundangan yang masih berjalan.
Malcolm X raih populariti sebagai jurucakap gerakan pro Islam yang dikenali sebagai 'Nation of Islam'.
Beliau menghabiskan sedekad dengan gerakan itu, sebelum didakwa mula mengeluarkan kenyataan perkauman yang mengundang kontroversi.
Malcolm X ditembak tiga lelaki ketika bersedia untuk berucap di satu jelajah di New York pada 21 Februari 1965.
Selepas insiden itu, beberapa pihak mendakwa agensi kerajaan maklum mengenai rancangan pembunuhannya dan membiarkan ia berlaku.
Anggota Nation of Islam, Talmadge Hayer kemudian mengaku di mahkamah sebagai salah seorang lelaki yang menembak Malcolm X.
Pada 2021, hakim New York membatalkan sabitan ke atas dua lagi lelaki yang didapati membunuh Malcolm X.
Astro Awani
Wed Feb 22 2023
Ahli keluarga Malcolm X bersama peguam Ben Crump (tengah) ketika sidang media di New York. - Foto AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Keluarga Malcolm X fail saman ke atas FBI, CIA dan polis
Jabatan Polis New York dalam pada itu enggan mengulas proses perundangan yang masih berjalan.