awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, Indonesia disaran berkolaborasi perkukuh ekosistem teknologi serantau
MyCARE sasar sediakan 500 pek bantuan bayi untuk disalurkan ke Gaza
Komuniti perundangan sokong kenaikan gaji hakim bagi perkukuh badan kehakiman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga mangsa nahas pesawat kecewa Boeing 737 Max dibenar terbang semula

Saraya Mia
Saraya Mia
19/11/2020
23:02 MYT
Keluarga mangsa nahas pesawat kecewa Boeing 737 Max dibenar terbang semula
FAA pada Rabu meluluskan penerbangan semula pesawat Boeing selepas ia digantung penerbangan di seluruh dunia sejak Mac 2019. - Gambar fail/Reuters
MASIH terlalu awal untuk meluluskan penerbangan semula Boeing 737 Max, luah ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam dua penerbangan melibatkan model pesawat berkenaan.
Pentadbiran Penerbangan AS (FAA) pada Rabu meluluskan penerbangan semula pesawat Boeing selepas ia digantung penerbangan di seluruh dunia sejak Mac 2019 susulan dua insiden kemalangan melibatkan pesawat Ethiopian Airlines dan Lion Air lima bulan berturut-turut, yang meragut 346 nyawa.
“Amerika Syarikat (AS) tidak seharusnya terburu-buru membatalkan penggantungan pesawat.
"Mereka harus sensitif kepada perasaan ahli keluarga mangsa yang terkorban,” kata Aris Sugiano kepada Reuters.
BACA: Boeing 737 Max dibenar terbang semula selepas dua tahun digantung operasi
Aris telah kehilangan dua anggota keluarganya dalam kemalangan Lion Air yang membunuh 189 mangsa pada 2018.
Dalam pada itu, keluarga mangsa yang terkorban dalam penerbangan Ethiopian Airlines pada 2019 turut meluahkan kekecewaan dalam kenyataan bersama terhadap FAA.
Kedua-dua kemalangan itu berlaku akibat kerosakan pada sistem MCAS di mana sensor yang bermasalah membuatkan muncung pesawat menjunam ke bawah menyebabkan juruterbang hilang kawalan.
Topic Berkaitan
#Boeing
#pesawat
#Lion Air
#Ethiopian Airlines
#Boeing 737 Max
#kemalangan
#nahas pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan