awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Muslim dakwa McDonald's Alabama sengaja sembunyi bakon dalam burger

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
05/08/2017
02:13 MYT
Keluarga Muslim dakwa McDonald's Alabama sengaja sembunyi bakon dalam burger
Satu keluarga Muslim mendakwa kakitangan restoran makanan ringan McDonalds di Alabama sengaja menyembunyikan bakon dalam makanan mereka. -Youtube CAIRtv
SATU keluarga Muslim mendakwa kakitangan restoran makanan ringan McDonald’s di Alabama sengaja menyembunyikan bakon (kepingan daging khinzir) dalam semua makanan mereka.
Keluarga yang dalam perjalanan dari New York itu dilapor berhenti makan di sebuah restoran McDonald’s di Decatur, Alabama.
Selepas memesan burger McChicken, keluarga Muslim itu terkejut apabila mendapati daging bakon tersembunyi di dalam burger mereka.
Malah, ada ahli keluarga yang telah termakan bakon berkenaan sebelum menyedarinya.
Seorang pelanggan kemudian memuat naik video insiden tersebut menerusi video YouTube.
'Bakon dalam burger McChicken kami,” tulisnya.
Susulan insiden itu, Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) Alabama menuntut penjelasan.
Pengarah Eksekutifnya Khaula Hadeed berkata: "Ini tidak seperti satu kesilapan, terutamanya kalau bakon itu ada dalam 14 ketul burger.
"Dendeng daging itu sama ada terletak di atas ayam atau tersembunyi di bawah burger supaya (pengguna) tidak sedar. Itulah sebabnya kami rasa ini disengajakan.”
"Mereka makan McChicken sepanjang masa di McDonald's. Mereka tahu apa yang mereka pesan - mereka tahu apa yang ada di dalam makanan itu,” tambah Hadeed.
Pertubuhan Islam itu turut mendesak pemecatan pekerja McDonald’s terbabit kerana tidak sensitif.
Sumber: YouTube CAIRtv
Topic Berkaitan
#Alabama
#bacon
#burger
#cair
#Islam
#keluarga
#Khaula Hadeed berkata Ini tidak seperti satu kesilapan teruta
#makan
#McChicken
#McDonald s
#McDonalds
#New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan