Kemalangan ragut 10 nyawa di timur laut Brazil

Menurut media tempatan, kedua-dua kenderaan terbakar selepas kejadian, memaksa pihak berkuasa menutup lebuh raya berkenaan ketika siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan. - Gambar media sosial
SAO PAULO: Sepuluh orang dilaporkan maut dalam pertembungan dua kenderaan di sebuah lebuh raya di negeri Bahia, timur laut Brazil pada Sabtu, kata Polis Lebuh Raya Persekutuan, lapor Xinhua.
Kemalangan berlaku di lebuh raya persekutuan BR-101, lebuh raya terpanjang di negara itu, berhampiran bandar Mucuri.
Menurut media tempatan, kedua-dua kenderaan terbakar selepas kejadian, memaksa pihak berkuasa menutup lebuh raya berkenaan ketika siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
Identiti mangsa belum didedahkan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


