awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian akibat denggi di Bangladesh hampiri 500

Bernama
Bernama
02/12/2024
04:15 MYT
Kematian akibat denggi di Bangladesh hampiri 500
Pihak berkuasa kesihatan Bangladesh memperhebatkan langkah-langkah membasmi tempat pembiakan nyamuk dan melaksanakan operasi anti-larva. - Gambar hiasan
DHAKA: Bangladesh terus bergelut dengan wabak denggi yang semakin meruncing apabila hampir 30,000 kes dan 173 kematian direkodkan sepanjang November, menjadikan bulan itu antara yang paling mencabar dalam sejarah.
Menurut data rasmi Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DGHS), sejumlah 29,652 kes dilaporkan pada November.
Setakat 8 pagi waktu tempatan Ahad, 882 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak Januari tahun ini mencecah 92,351.
Dalam tempoh yang sama, enam kematian direkodkan, menjadikan angka korban setakat ini meningkat kepada 494.
Tahun 2023 menyaksikan 1,705 kematian akibat denggi, angka tahunan tertinggi pernah dicatatkan negara itu.
Sebanyak 281 kematian direkodkan pada 2022 dan 179 pada 2019.
Bagi membendung peningkatan kes, pihak berkuasa kesihatan Bangladesh memperhebatkan langkah-langkah membasmi tempat pembiakan nyamuk dan melaksanakan operasi anti-larva.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#denggi
#angka korban
#SGHS
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan