awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela guna hasil jualan minyak perkasa sistem kesihatan - Presiden interim
Harga RON97 turun 3 sen, RON95 tanpa subsidi kurang 2 sen
PM Jepun Sanae Takaichi dijangka bubar dewan, adakan pilihan raya awal Februari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian dalam tahanan ICE cecah rekod tertinggi dalam tempoh 20 tahun pada 2025

Bernama
Bernama
14/01/2026
09:08 MYT
Kematian dalam tahanan ICE cecah rekod tertinggi dalam tempoh 20 tahun pada 2025
Menurut data ICE, lebih 68,000 orang dewasa berada dalam tahanan agensi itu pada akhir Disember 2025, meningkat daripada sekitar 36,000 pada Disember 2023. - Reuters
WASHINGTON: Jumlah kematian dalam tahanan Jabatan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) mencecah 32 orang pada 2025 - angka tertinggi dalam tempoh 20 tahun, lapor Xinhua yang memetik The Guardian.
Mereka yang meninggal dunia itu merangkumi pelarian yang baru tiba untuk memohon suaka serta individu yang sudah berada lama di AS, termasuk sejak zaman kanak-kanak. Ada yang ditahan atas pertuduhan jenayah atau selepas menjalani hukuman, manakala sebahagian lagi ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh ICE.
Punca kematian termasuk masalah perubatan seperti sawan, kegagalan jantung, strok, kegagalan pernafasan, batuk kering atau bunuh diri, menurut laporan The Guardian. Dalam beberapa kes, keluarga dan peguam mendakwa pengabaian serta penafian rawatan berulang kali telah menyumbang kepada kematian tersebut.
Media tempatan yang memetik kenyataan akhbar ICE melaporkan bahawa beberapa individu telah meninggal dunia dalam tahanan pada awal 2026.
Peningkatan kematian itu berlaku ketika pentadbiran Trump meningkatkan jumlah tahanan ke paras tertinggi pernah direkodkan. Menurut data ICE, lebih 68,000 orang dewasa berada dalam tahanan agensi itu pada akhir Disember 2025, meningkat daripada sekitar 36,000 pada Disember 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ice
#Tahanan
#rekod kematian
#Amerika Syarikat
#penafian rawatan
#pengabaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan