INTERNATIONAL

Kematian George Floyd: Peguam Negeri ketuai pendakwaan

Agensi 01/06/2020 | 14:01 MYT
Ellison akan bekerjasama bersama Peguam Hennepin County, Mike Freeman yang mengenakan pertuduhan membunuh tanpa sengaja dan tanpa niat ke atas pegawai polis, Derek Chauvin pada Jumaat lalu. - AP
Pendakwaan kes pembunuhan lelaki kulit hitam, George Floyd akan diketuai Peguam Negeri Minnesota, Keith Ellison.

Ellison menerusi kenyataan di Twitter memaklumkan, dia bersedia memikul tugas itu atas dasar tanggungjawab dan peri kemanusiaan, bagi membolehkan keadilan diberi kepada Floyd.

"Kami akan mengumpul segala bukti dan sumber bagi memberikan keadilan terhadap kes ini," katanya.

Ellison akan bekerjasama bersama Peguam Hennepin County, Mike Freeman yang mengenakan dua pertuduhan - membunuh tanpa sengaja dan membunuh tanpa niat - terhadap pegawai polis, Derek Chauvin, pada Jumaat lalu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Chauvin dilihat jelas dalam video, yang menggunakan lututnya bagi menekan Floyd ke tanah.

Tiga lagi pegawai terbabit dalam kes itu tidak berdepan sebarang pendakwaan, namun dipecat dari perkhidmatan polis bersama-sama Chauvin.

Keluarga Floyd sebelum ini memohon menggunakan khidmat Ellison dan mengambil alih kes berkenaan daripada Freeman.
#AS #Minnesota #perkauman #protes