awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja: 4 maut minum wain beras mengandungi kadar metanol tinggi

Bernama
Bernama
04/07/2023
15:47 MYT
Kemboja: 4 maut minum wain beras mengandungi kadar metanol tinggi
Ujian yang dilakukan oleh pihak makmal mendapati kematian itu berpunca daripada paras metanol yang tinggi dalam wain. - Gambar fail/Astro AWANI
PHNOM PENH: Empat orang maut di wilayah Ratanakiri di timur laut Kemboja selepas meminum wain beras yang mengandungi kadar metanol yang tinggi, kata pegawai pada Selasa.
Insiden itu berlaku di sebuah kampung di Sre Angkrong daerah Kon Mom selepas mangsa, pekerja di sebuah syarikat ladang pisang, meminum wain beras yang dibeli dari kedai runcit, kata Gabenor Wilayah Ratanakiri, Nhem Sam Oeun.
"Menurut angka yang direkodkan Jabatan Kesihatan Wilayah Ratanakiri, empat lelaki disahkan meninggal dunia dan seorang dimasukkan ke hospital selepas meminum wain yang tercemar," katanya kepada Xinhua.
Beliau berkata ujian yang dilakukan oleh pihak makmal mendapati kematian itu berpunca daripada paras metanol yang tinggi dalam wain.
"Keputusan ujian mengesahkan bahawa wain yang tercemar itu mengandungi paras metanol antara 8.21 dan 18.8 peratus, jauh lebih tinggi berbanding paras biasa 0.15 peratus," kata Sam Oeun.
Seorang penjual wain beras tempatan telah disoal siasat berhubung kejadian itu, katanya.
Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Ratanakiri, Ung Ratana, yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa mengalami gejala, seperti sakit perut, kerengsaan mata, muntah, kesukaran bernafas, pening dan keletihan.
Wain beras popular di kawasan luar bandar di negara Asia Tenggara kerana ia murah. Bulan lalu, wain beras bercampur metanol meragut nyawa seorang penduduk kampung dan menyebabkan 27 yang lain dimasukkan ke hospital di wilayah Pursat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOM
#kesukaran bernafas
#wain beras
#ladang pisang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan