DUNIA
Kemboja bawa isu pertikaian sempadan dengan Thailand ke ICJ

Hun Manet berkata keputusan itu dibuat demi menjaga integriti wilayah negara dan demi kepentingan terbaik rakyat Kemboja. - Foto AP
PHNOM PENH: Kemboja secara rasmi mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Ahad bagi menyelesaikan pertikaian sempadan yang berlarutan dengan Thailand.
Ringkasan AI
- Kemboja rujuk ICJ: Kemboja secara rasmi membawa pertikaian sempadan dengan Thailand ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), melibatkan kawasan seperti kuil Ta Moan Thom, Ta Moan Tauch, Ta Krabei dan Mom Bei (Emerald Triangle).
- Motif dan sejarah: Perdana Menteri Hun Manet menyatakan tindakan ini demi keadilan dan kestabilan jangka panjang, serta mengaitkannya dengan kemenangan Kemboja dalam kes Kuil Preah Vihear pada 1962 dan 2013.
- Ketegangan semasa: Tindakan ini dibuat ketika rundingan JBC sedang berlangsung dan susulan insiden tembakan di sempadan pada 28 Mei yang menyebabkan kematian seorang tentera Kemboja.
Pertikaian melibatkan kuil Ta Moan Thom, Ta Moan Tauch, Ta Krabei serta kawasan Mom Bei (Emerald Triangle) akan dibawa ke ICJ.
Beliau turut mengaitkan tindakan ini dengan peristiwa bersejarah pada 15 Jun 1962, apabila ICJ memutuskan untuk memihak kepada Kemboja dalam kes Kuil Preah Vihear.
"Walaupun dua peristiwa ini berlaku dalam jarak 63 tahun, semangat dan matlamatnya tetap sama," kata Hun Manet.
Ini merupakan kali ketiga Kemboja membawa isu pertikaian sempadan ke ICJ, selepas tindakan serupa pada tahun 1962 dan 2013 berhubung wilayah sekitar Kuil Preah Vihear.
Dalam kedua-dua kes terdahulu, mahkamah PBB itu membuat keputusan menyebelahi Kemboja.
"Kemboja memilih penyelesaian secara aman berdasarkan undang-undang antarabangsa melalui mekanisme ICJ bagi kawasan pertikaian yang rumit serta berisiko tinggi mencetuskan pertempuran bersenjata dan ketika mekanisme dua hala gagal mencapai penyelesaian," katanya.
Kemboja menegaskan komitmennya untuk merujuk isu itu ke ICJ, walaupun tanpa persetujuan Thailand.
Keputusan unilateral itu dibuat ketika rundingan Keenam Jawatankuasa Sempadan Bersama Kemboja-Thailand (JBC) sedang berlangsung di Phnom Penh.
Mesyuarat itu dijadual disambung semula pada Ahad selepas sesi dialog pertama pada Sabtu.
Kedua-dua negara kini terperangkap dalam pertikaian tegang susulan insiden tembakan antara pasukan sempadan Kemboja dan Thailand pada 28 Mei lalu di wilayah utara Preah Vihear yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami