awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja desak Majlis Keselamatan PBB bertindak segera henti serangan Thailand

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2025
09:00 MYT
Kemboja desak Majlis Keselamatan PBB bertindak segera henti serangan Thailand
Hun Manet (foto) meminta Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar untuk menghentikan serangan ketenteraan Thailand yang didakwa tidak berasas dan melanggar kedaulatan Kemboja. -Gambar fail/AP
PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar mengadakan mesyuarat tergempar bagi menghentikan apa yang disifatkannya sebagai serangan ketenteraan terancang dan tidak berasas oleh Thailand di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, meminta Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar untuk menghentikan serangan ketenteraan Thailand yang didakwa tidak berasas dan melanggar kedaulatan Kemboja.
  • Kemboja menegaskan tindak balas mereka adalah mempertahankan diri, manakala Thailand menuduh Kemboja melancarkan serangan roket dan menanam periuk api di wilayah Thailand.
  • Ketegangan semakin memuncak dengan kedua-dua negara saling menyalahkan dan memberi amaran, serta menggunakan saluran diplomatik dan undang-undang antarabangsa untuk mempertahankan pendirian masing-masing.

Dalam surat rasmi kepada Presiden Majlis Keselamatan PBB, Duta Asim Iftikhar Ahmad, Hun Manet mendakwa tentera Thailand telah melancarkan serangan ke atas beberapa kedudukan Kemboja termasuk kawasan sekitar Kuil Ta Moan Thom, Ta Krabey dan Mom Bei di wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey pada awal pagi Khamis.
“Berhadapan dengan pencerobohan terang-terangan ini, pasukan Kemboja tiada pilihan selain bertindak balas secara pertahanan diri demi mempertahankan kedaulatan dan integriti wilayah negara,” kata Hun Manet dalam surat tersebut.
Beliau turut menyatakan bahawa tindakan Thailand itu berlaku ketika Kemboja sedang giat menggunakan saluran undang-undang dan diplomatik untuk menyelesaikan isu sempadan secara aman, termasuk melalui rujukan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan mesyuarat Suruhanjaya Sempadan Bersama (JBC) yang diadakan pada 14–15 Jun lalu.
Thailand pula menuduh Kemboja melanggar kedaulatan negara dengan menanam periuk api di wilayah Thailand dan melancarkan serangan roket ke kawasan kediaman awam.
Kementerian Luar Thailand dalam kenyataan rasmi menyeru Kemboja agar menghentikan semua tindakan ketenteraan dan mengambil tanggungjawab atas insiden yang berlaku.
Bangkok turut memberi amaran bahawa langkah pertahanan akan dipertingkatkan sekiranya Kemboja meneruskan serangan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Hun Manet
#PBB
#konflik Thailand-Kemboja
#Majlis Keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan