PHNOM PENH: Kemboja pada Ahad memulakan usaha vaksinasi COVID-19 yang menyasarkan kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun di Phnom Penh dan tiga wilayah Kandal, Koh Kong dan Preah Sihanouk.
Perdana Menteri Hun Sen berkata vaksinasi untuk kanak-kanak adalah langkah penting untuk mecapai imuniti kelompok, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Sekurang-kurangnya dua juta kanak-kanak dijangka diberi vaksin dalam kempen tersebut, katanya, sambil menambah negara ini sedang mempertimbangkan untuk menyuntik kanak-kanak berusia 10 hingga 11 tahun.
Katanya, pihak berkuasa juga akan segera memulakan pemberian suntikan penggalak (booster) kepada orang dewasa yang lengkap divaksin.
Kerajaan memutuskan untuk memberi suntikan ketiga menggunakan vaksin AstraZeneca kepada mereka yang telah menerima dua dos vaksin Sinopharm dan Sinovac.
Beliau berkata kira-kira 500,000 hingga satu juta petugas barisan hadapan, terutama di kawasan bersempadan dengan Thailand, akan diberi keutamaan untuk suntikan ketiga.
Sehingga 31 Julai, lebih 7.3 juta orang dewasa di Kemboja menerima sekurang-kurangnya dos pertama manakala lebih 4.7 juta memperoleh dos kedua.
Pada Ahad, kementerian kesihatan melaporkan 23 kematian dan 671 kes baharu dicatatkan dalam 24 jam, termasuk 265 kes import dan 406 kes jangkitan tempatan.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 77,914, dengan 70,754 telah pulih dan 1,420 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 02 2021

Perdana Menteri Hun Sen berkata vaksinasi untuk kanak-kanak adalah langkah penting untuk mecapai imuniti kelompok. - Gambar/ Bernama

AWANI Ringkas: Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana pada 4.3 peratus tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'
Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa 'scam' atau penipuan dalam talian.

Tertinggi dalam sejarah, Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bil dari China
Ia adalah hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China sebentar tadi.

CPTPP: Pengeksport Malaysia akan dapat manfaat daripada tarif keutamaan UK - Tengku Zafrul
UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk yang mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia.

Masyarakat perlu belajar berinteraksi dengan autistik
Suatu pendekatan perlu dilakukan agar masyarakat turut belajar bagaimana untuk berinteraksi dan memahami anak-anak autistik.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea
Kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu.

Bumbung runtuh ketika konsert death metal, seorang maut
Rakaman media sosial menunjukkan lubang pada bumbung venue manakala orang awam cuba mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Urusan bawa pulang 12 mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja dipercepat - Duta
Beliau berkata 12 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 11 lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20 hingga 25 tahun diselamatkan pihak berkuasa Kemboja pada 25 Mac lepas.

PM Anwar puas hati lawatan sehari ke Kemboja, bincang pelbagai isu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja kerana berpeluang membincangkan pelbagai isu.

Raja Kemboja terima menghadap PM Anwar
Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.

Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim
Anwar berharap lebih banyak negara di dunia dapat belajar mengenai rasa hormat sebagaimana yang ditunjukkan di Kemboja.

Anwar rakam penghargaan kepada PM Kemboja bantu bawa pulang warga Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Sen atas sokongannya membawa pulang rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan.

Malaysia, Kemboja tingkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor
Malaysia dan Kemboja berharap dapat tingkatkan kerjasama dalam sektor pelaburan, industri halal, teknologi digital, pendidikan dan pertahanan, bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

Anwar tiba di Phnom Penh, lawatan rasmi perkukuh hubungan Malaysia-Kemboja
Lawatan rasmi dan sulung Anwar ke negara itu adalah atas undangan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

Hubungan baik Malaysia-Kemboja bantu tangani isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan - Duta
Hubungan baik antara Malaysia dengan Kemboja membantu usaha Kedutaan Malaysia tangani isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan.

Lawatan PM Anwar ke Kemboja eratkan hubungan, bincang kepentingan dua hala- Zambry
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi sulungnya ke Kemboja pada 27 Mac ini atas undangan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

Sasaran Sukan SEA perlu realistik, bukan 'syok sendiri' - CDM
Sasaran pingat yang diberikan perlu berdasarkan prestasi semasa atlet, bukannya sekadar untuk memuaskan mana-mana pihak.