awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja setuju hadiri mesyuarat sempadan di Malaysia selepas dicadangkan Thailand

Bernama
Bernama
01/08/2025
02:00 MYT
Kemboja setuju hadiri mesyuarat sempadan di Malaysia selepas dicadangkan Thailand
Ketika mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya pada 28 Julai lalu, Thailan dan Kemboja mencapai persetujuan untuk mengadakan mesyuarat GBC sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata berkenaan. - Gambar Reuters
PHNOM PENH: Kemboja bersetuju menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) bersama Thailand di Malaysia minggu ini bagi meneruskan rundingan damai demi menyelesaikan konflik sempadan antara kedua-dua negara.
Ketika mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya pada 28 Julai lalu, kedua-dua negara mencapai persetujuan untuk mengadakan mesyuarat GBC sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata berkenaan.
Mesyuarat itu pada asalnya dijadual berlangsung pada 4 Ogos di Phnom Penh.
Bagaimanapun, pada Khamis, Thailand mengemukakan cadangan agar mesyuarat diadakan di Malaysia sebagai lokasi berkecuali dan tempohnya dipanjangkan daripada hanya satu hari perbincangan.
Agensi berita negara Agence Kampuchea Presse melaporkan, kerajaan Kemboja telah bersetuju dengan permintaan Thailand.
"Kemboja bersetuju dengan cadangan Thailand untuk mengadakan mesyuarat GBC di Malaysia dan mencadangkan agar wakil daripada tiga negara iaitu Malaysia, Amerika Syarikat dan China (turut hadir sebagai pemerhati)," kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Negara, Jeneral Tea Seiha.
Beliau turut bersetuju dengan tarikh baharu yang dicadangkan, iaitu dari 4 hingga 7 Ogos bagi membincangkan pertikaian sempadan yang mencetuskan ketegangan dan insiden pertempuran bersenjata pada 24 Julai lalu.
Pertempuran dihentikan pada tengah malam 28 Julai apabila Kemboja dan Thailand bersetuju untuk mengadakan rundingan gencatan senjata atas permintaan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.
Sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum ditandai secara rasmi itu telah lama menjadi isu sensitif antara kedua-dua negara, yang beberapa kali mencetuskan ketegangan dan menjejaskan hubungan diplomatik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Thailand-Kemboja
#Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan
#konflik sempadan
#Malaysia perantara
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan