awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Lelaki mati ditikam selepas bergaduh dengan rakan sekerja
SUKAN
Qabil bangkit tamatkan kejohanan di kedudukan podium pada ESBK Talent Aragon
MALAYSIA
RMK13 mesti cerminkan pendekatan berani, terangkum demi daya tahan negara - Lee
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Kementerian Pengangkutan Indonesia ambil langkah cegah gangguan penerbangan akibat konflik Asia Barat

Bernama
Bernama
29/06/2025
12:49 MYT
Sponsor Banner
Kementerian Pengangkutan Indonesia ambil langkah cegah gangguan penerbangan akibat konflik Asia Barat
Kementerian Pengangkutan Indonesia terus memantau secara rapat situasi di Asia Barat bagi mengelakkan sebarang kesan terhadap operasi penerbangan negara itu. - Gambar hiasan
JAKARTA: Kerajaan Indonesia telah mengambil langkah untuk mengurangkan potensi gangguan penerbangan akibat konflik yang semakin memuncak di Asia Barat dengan berkoordinasi bersama pihak berkepentingan industri penerbangan termasuk syarikat penerbangan dan pengawal trafik udara, lapor agensi berita ANTARA.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Kementerian Pengangkutan, Lukman Laisa berkata kementerian itu terus memantau secara rapat situasi di Asia Barat bagi mengelakkan sebarang kesan terhadap operasi penerbangan Indonesia.
Beliau berkata kementerian bekerjasama dengan penyedia navigasi udara milik negara, AirNav Indonesia, syarikat penerbangan nasional serta pihak berkuasa penerbangan awam negara berkaitan bagi memastikan operasi penerbangan yang selamat dan lancar, terutamanya yang melalui ruang udara Asia Barat.
Laisa memaklumkan berdasarkan data terkini Maklumat Penerbangan Kawasan (FIR), beberapa ruang udara dan laluan penerbangan di rantau berkenaan masih ditutup atas faktor keselamatan.
"Bahagian timur FIR Tehran, sebahagian FIR Tel Aviv, FIR Dubai dan FIR Kaherah masih ditutup," katanya.
Kementerian turut mengingatkan syarikat penerbangan Indonesia untuk memantau keadaan secara berkala dan menyesuaikan pelan penerbangan jika perlu, terutamanya bagi penerbangan haji yang lazimnya singgah di rantau itu.
Orang ramai juga dinasihatkan agar bertenang dan mengikuti makluman rasmi daripada syarikat penerbangan serta pihak berkuasa penerbangan.
"Kemas kini akan diberikan secara berkala berdasarkan keadaan masa nyata," kata Laisa.
Sementara itu, syarikat penerbangan nasional Garuda Indonesia telah menyambung semula laluan tetap Jakarta-Doha pada Sabtu selepas Qatar membuka semula ruang udaranya. Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa lain termasuk Qatar Airways juga telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Qatar susulan peningkatan ketegangan baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pengangkutan
#gangguan penerbangan
#Asia Barat
#industri penerbangan
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami