awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemusnahan terlalu teruk, Gaza tidak lagi boleh dihuni

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2023
01:40 MYT
Kemusnahan terlalu teruk, Gaza tidak lagi boleh dihuni
Penduduk Gaza menghadapi babak paling gelap dalam sejarah mereka sejak tahun 1948. - Foto fail/REUTERS
GAZA: Kemusnahan besar kawasan kediaman dan kedaifan yang semakin buruk di kem pelarian menjadikan Gaza kini sebagai lokasi yang tidak lagi layak dihuni oleh manusia.
Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini berkata, penduduk Gaza kini bersesak-sesak di kurang satu pertiga daripada wilayah asal berhampiran sempadan Mesir.
Ketika berucap di Forum Pelarian Global di Geneva, beliau menegaskan, kemasukan pelarian ke Rafah meningkatkan empat kali ganda daripada penduduk asal bandar itu.
Keadaan ini menyebabkan sumber keperluan semakin mendesak di kawasan yang sudah menjadi sektor termiskin di Gaza.
Beliau berkata, Rafah kini menerima lebih sejuta orang dengan kawasan itu sebelum ini hanya menempatkan 280,000 orang dan tidak mempunyai infrastruktur serta sumber untuk menyokong penduduk seramai itu.
Dengan kata lain katanya, mereka menghadapi babak paling gelap dalam sejarah mereka sejak tahun 1948.
"Kelaparan ialah sesuatu yang penduduk di Gaza jarang-jarang hadapi sebelum ini. Tetapi kelaparan ini muncul sejak beberarap minggu lepas.
"Kami sendiri ada pengalaman apabila lebih ramai penduduk yang tidak makan selama sehari, dua hari atau tiga hari berturut-turut," katanya.
Beliau menegaskan bahawa keseluruhan tindak balas kemanusiaan bergantung kepada kapasiti UNRWA, namun badan itu kini berada di ambang kehancuran.
Lazzarini turut mempersoalkan apa yang boleh tawarkan oleh hanya 100 trak bantuan untuk memenuhi keperluan 2.2 juta orang.
Jelas beliau, UNRWA masih mengedarkan apa sahaja makanan yang berjaya dibawa masuk, tetapi bantuan itu selalunya sekadar sebotol air dan setin tuna setiap hari.
Dalam pada itu, lebih 130 kakitangan UNRWA disahkan terbunuh sejak pencerobohan Israel di wilayah itu, dengan infrastruktur awam dan kemudahan PBB tidak terlepas daripada serangan.
Lazzarini turut mengulangi gesaan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian, Filippo Grandi yang menggesa gencatan senjata segera dan menamatkan kepungan untuk membolehkan bantuan mencukupi disalurkan segera.
Topic Berkaitan
#Gaza
#pelarian
#Rafah
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan