awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepresidenan Palestin: Penafian visa AS jejas undang-undang antarabangsa, tanggungjawab PBB

Bernama
Bernama
30/08/2025
01:20 MYT
Kepresidenan Palestin: Penafian visa AS jejas undang-undang antarabangsa, tanggungjawab PBB
Presiden Mahmoud Abbas. - Gambar fail AP
RAMALLAH: Kepresidenan Palestin pada Jumaat melahirkan rasa kesal dan terkejut terhadap keputusan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) yang tidak memberikan visa kepada delegasi Palestin yang dijadual menyertai mesyuarat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September ini.
Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Kepresidenan menegaskan keputusan itu jelas bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan Perjanjian Ibu Pejabat PBB, khususnya memandangkan Negara Palestin ialah anggota pemerhati di PBB.
Ia turut menggesa pentadbiran AS meneliti semula dan membatalkan keputusan itu, sambil menegaskan komitmen penuh Palestin terhadap undang-undang antarabangsa, resolusi PBB dan tanggungjawab ke arah keamanan, sebagaimana yang disampaikan dalam surat Presiden Mahmoud Abbas kepada para pemimpin dunia termasuk Presiden AS Donald Trump.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahmoud Abbas
#visa AS
#Donald Trump
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan