awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepulauan Conflict mungkin dijual kepada China

Sinar Harian
Sinar Harian
27/08/2022
23:49 MYT
Kepulauan Conflict mungkin dijual kepada China
Kepulauan Conflict terletak di luar Papua New Guinea. - Foto Facebook/Sinar Harian
MELBOURNE: Kepulauan Conflict yang terletak di Papua New Guinea kemungkinan akan dijual kepada China oleh pemiliknya yang merupakan seorang pelabur, Ian Gowrie-Smith.
Pada bulan Jun lalu, Smith telah menghantar e-mel kepada Menteri Luar Australia, Penny Wong dengan tawaran untuk menjualnya pada harga AS$25 juta (RM111.69 juta) pada harga diskaun.
Kepulauan kecil itu terletak berhampiran salah satu laluan perkapalan utama Australia dan tiga kabel yang membawa data Australia di dasar lautan sekali gus menimbulkan kepentingan keselamatan negara tersebut.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese baru-baru ini berkata, pembayar-pembayar cukai di negara itu tidak akan membeli kepulauan peribadi itu.
Smith yang merupakan warga Austalia mengesahkan kepada stesen penyiaran 9 Now baru-baru ini di negaranya bahawa ejennya sedang berbual dengan pembeli dari China tentang penjualan tersebut.
Kepulauan kecil itu menempatkan 30 penduduk tetap, program pemuliharaan penyu, pusat peranginan kecil, dan tanah yang mencukupi untuk landasan terbang strategik sepanjang 3,000 meter. - Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#Kepulauan Conflict
#Papua New Guinea
#Australia
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan