WASHINGTON: Hubungan Amerika Syarikat (AS) dan China kian tegang susulan keputusan negara Uncle Sam itu menghantar 2.5 juta dos vaksin COVID-19 ke Taiwan.

Tindakan itu disifatkan Beijing sebagai mencampuri urusan domestiknya.

Ini kerana Taiwan masih dianggap sebahagian daripada jajahan China.

Awal bulan ini, China mengemukakan bantahan selepas senator AS melawat Taiwan.

Taipei pula mendakwa Beijing mengancam usaha negara itu mendapatkan bekalan vaksin.

Ketika ini Washington kekal sekutu terbesar Taiwan, tanpa hubungan diplomatik penuh kerana ia masih mengiktiraf Beijing.