awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peguam Nick Reiner tarik diri daripada kes bunuh
EPL: Burnley ikat Manchester United 2-2, Fletcher raih seri pertama
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan pilihan raya Lubnan diketahui hari ini

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2022
01:50 MYT
Keputusan pilihan raya Lubnan diketahui hari ini
Petugas pilihan raya mula mengira kertas undi sebaik sahaja pusat mengundi tutup di Lubnan. - Foto AP
BEIRUT: Siapa barisan kepimpinan baharu di Lubnan akan diketahui hari ini selepas negara Asia Barat itu mengadakan proses demokrasi semalam.
Ia adalah pilihan raya pertama diadakan sejak protes berlaku pada 2019.
Pilihan raya umum pada Ahad itu menyaksikan lebih 3.91 juta rakyat layak mengundi.
Pusat pengundian di 15 kawasan di seluruh negara dibuka seawal 7 pagi waktu tempatan bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, sebanyak 718 calon bertanding merebut 128 kerusi parlimen dan had umur dibenarkan mengundi bermula 21 tahun.
Dalam pilihan raya semalam, tentera Lubnan mengumumkan langkah keselamatan yang ketat telah diambil di kebanyakan wilayah di negara itu, terutama di Beirut.
Kali terakhir pilihan raya diadakan adalah pada 6 Mei 2018 dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 49 peratus.
Pilihan raya Lubnan berlangsung ketika negara itu bergelut dengan krisis ekonomi yang teruk sejak akhir 2019, termasuk nilai mata wang susut serta kekurangan bahan api dan perubatan.
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#barisan kepimpinan baharu
#mengundi
#ahli Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan