awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan China: Pengantin baharu, bila nak ada anak?

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2022
04:00 MYT
Kerajaan China: Pengantin baharu, bila nak ada anak?
Kerajaan mahu pengantin baharu hamil dalam tempoh setahun dan mereka akan membuat panggilan setiap tiga bulan. - Gambar hiasan
HONG KONG: Satu hantaran media sosial yang dimuat naik seorang pengguna di China berkenaan 'status kehamilan', mendapat puluhan ribu komen pada Khamis.
Dalam catatan di Weibo, pengguna dengan nama 'lost shuyushou' menceritakan pengalaman rakan sekerja yang baru berkahwin, menerima panggilan daripada perkhidmatan kesihatan wanita kerajaan bandar Nanjing.
Rakannya itu memaklumkan diberitahu oleh seorang pegawai bahawa kerajaan mahu pengantin baharu hamil dalam tempoh setahun dan mereka akan membuat panggilan setiap tiga bulan.
Majlis Perbandaran Nanjing dan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan belum memberi sebarang reaksi berhubung perkara itu.
Hantaran di Weibo itu bagaimanapun telah dipadamkan.
Selepas mengenakan dasar satu anak dari tahun 1980 hingga 2015, China terpaksa mengakui populasinya semakin berkurangan, sekali gus berpotensi mewujudkan krisis untuk membiayai dan menjaga warga tuanya.
Kelahiran baharu dijangka menurun di bawah 10 juta daripada 10.6 juta tahun lepas.
Presiden China, Xi Jinping mengisytiharkan pada Kongres ke-20 Parti Komunis minggu lalu bahawa China akan mewujudkan dasar untuk meningkatkan kadar kelahiran dan menambah baik strategi pembangunan penduduk negara itu.
Topic Berkaitan
#China
#media sosial
#anak
#pengantin baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan