awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan HKSAR bantah keras tindakan AS kenakan caj pelabuhan ke atas kapal milik syarikat China

Bernama
Bernama
18/04/2025
23:45 MYT
Kerajaan HKSAR bantah keras tindakan AS kenakan caj pelabuhan ke atas kapal milik syarikat China
Kerajaan HKSAR mengecam tindakan membuli sedemikian dan menegaskan Hong Kong akan terus menegakkan semangat keterbukaan dan kerjasama serta bekerjasama dengan rakan maritim antarabangsa. - Foto AP
HONG KONG: Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) pada Jumaat menyatakan bantahan keras dan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengenakan caj pelabuhan ke atas kapal yang dimiliki, dikendalikan atau dibina oleh syarikat-syarikat China serta langkah berkaitan lain, lapor Xinhua.
Jurucakap Kerajaan HKSAR berkata berdasarkan kekuatan institusi unik di bawah prinsip "satu negara, dua sistem", Hong Kong sebagai pusat maritim antarabangsa yang terkenal di peringkat global sekian lama menyediakan persekitaran perniagaan perkapalan yang bebas, terbuka, saksama, cekap dan terkawal dengan baik untuk syarikat-syarikat perkapalan dari seluruh dunia beroperasi.
Langkah yang diambil AS itu jelas bersifat diskriminasi, sengaja memecahbelahkan komuniti maritim antarabangsa dan menjejaskan semangat solidariti serta kerjasama yang dibina sejak sekian lama. Tindakan sedemikian tidak menepati piawaian asas dalam hubungan antarabangsa, kata jurucakap itu.
Kerajaan HKSAR mengecam tindakan membuli sedemikian dan menegaskan Hong Kong akan terus menegakkan semangat keterbukaan dan kerjasama serta bekerjasama dengan rakan maritim antarabangsa untuk mempertahankan prinsip perdagangan bebas dan menggalakkan pembangunan sihat industri perkapalan antarabangsa.
Jurucakap itu menegaskan hanya dengan berpegang kepada prinsip keadilan, manfaat bersama dan kerjasama menang-menang, kepentingan bersama komuniti maritim global dapat benar-benar dilindungi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#caj pelabuhan
#kapal
#HKSAR
#pusat maritim antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan