awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Indonesia tanam 21 juta anak pokok bakau menerusi Program Ketahanan Pantai

Bernama
Bernama
05/01/2026
20:15 MYT
Kerajaan Indonesia tanam 21 juta anak pokok bakau menerusi Program Ketahanan Pantai
Suryanta berkata, usaha penanaman semula berkenaan meliputi kawasan seluas 15,574 hektar di Kalimantan Utara, Sumatera Utara, Riau dan Kalimantan Timur. - Gambar Facebook Fraksi Partai Gerindra
JAKARTA: Kementerian Perhutanan Indonesia menanam kira-kira 21 juta anak pokok bakau di empat wilayah keutamaan antara 2024 dan 2025 menerusi projek Bakau untuk Daya Tahan Pesisir (M4CR), lapor agensi berita ANTARA.

Ringkasan AI
  • Kementerian Perhutanan Indonesia menanam kira-kira 21 juta anak pokok bakau di empat wilayah keutamaan antara 2024 dan 2025 menerusi projek Bakau untuk Daya Tahan Pesisir (M4CR) bagi memperkukuh ketahanan pantai dan memulihkan ekosistem.
  • Sebanyak 14.6 juta anak pokok bakau telah ditanam di kawasan seluas 13,307 hektar pada 2024, dengan 1.2 juta anak pokok berada pada peringkat penyelenggaraan di Sumatera Utara dan Riau.
  • Program M4CR mencerminkan komitmen kerajaan Indonesia dalam memulihkan ekosistem bakau secara berperingkat, sambil menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pengurusan sumber alam sekitar yang bertanggungjawab.

Ketua Subdirektorat Pemulihan Hutan Bakau kementerian itu, Giri Suryanta berkata, usaha penanaman semula berkenaan meliputi kawasan seluas 15,574 hektar di Kalimantan Utara, Sumatera Utara, Riau dan Kalimantan Timur.
Beliau berkata, penanaman bakau itu merupakan sebahagian daripada tindakan iklim berasaskan alam semula jadi kerajaan bagi memperkukuh ketahanan pantai, selain bertujuan memulihkan ekosistem dan memperkasa komuniti pesisir pantai.
Menurut Suryanta, sebanyak 14.6 juta anak pokok bakau telah ditanam di kawasan seluas 13,307 hektar pada 2024 di bawah program M4CR.
Daripada jumlah itu, sebanyak 1.2 juta anak pokok kini berada pada peringkat penyelenggaraan, terutama di Sumatera Utara dan Riau, katanya.
Beliau berkata, pelaksanaan pada 2024 turut merangkumi aktiviti penanaman, Program Sekolah Lapangan Rehabilitasi Bakau serta skim pembiayaan geran padanan, dengan penglibatan seramai 15,407 peserta.
Pada 2025, Suryanta berkata, kawasan penanaman diperluaskan 2,267 hektar di Sumatera Utara, Riau dan Kalimantan Timur.
Sebanyak 6.2 juta anak pokok bakau ditanam di tiga wilayah itu setakat tahun ini, katanya.
Beliau berkata, kementerian akan terus mengemas kini data berkaitan jumlah anak pokok yang diselenggara serta peserta program memandangkan pelaksanaan masih berjalan.
Suryanta menegaskan skala program M4CR mencerminkan komitmen kerajaan untuk memulihkan ekosistem bakau secara berperingkat, tepat dan mampan.
Beliau berkata, inisiatif berasaskan komuniti itu bukan sahaja memulihkan bakau sebagai benteng semula jadi pantai, malah menggalakkan penyertaan masyarakat secara lebih meluas dalam pengurusan sumber alam sekitar yang bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skim pembiayaan
#M4CR
#ekosistem bakau
#alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan