Skip to main content

Dunia

Kerajaan Korea Selatan lulus geran kecemasan untuk wilayah terjejas kebakaran hutan

51742746569_SouthKorea.jpg
SEOUL: Kerajaan Korea Selatan telah meluluskan geran kewangan khas bagi menyokong usaha pemulihan di Sancheong dan dua lagi wilayah yang terjejas akibat kebakaran hutan, kata Pemangku Presiden Choi Sang Mok semasa mesyuarat kawalan bencana.

"Kami akan segera menyalurkan geran khas bencana dan keselamatan berjumlah 2.6 bilion won (US$177.4 juta) kepada tiga wilayah yang terjejas akibat kebakaran hutan," lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik Choi.

Selain itu, kerajaan akan memperuntukkan 50 juta won sebagai dana bantuan bencana bagi membantu mangsa dan penduduk yang dipindahkan di daerah Sancheong di tenggara negara itu.

Menurut Pejabat Presiden, Ketua Turus Presiden Chung Jin Suk turut mengadakan mesyuarat bersama setiausaha kanan bagi membincangkan langkah segera untuk mengawal situasi berkenaan.

-- BERNAMA




Advertisement

Must Watch Video