awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Mali isytihar tempoh darurat 10 hari

Agensi
Agensi
21/11/2015
01:03 MYT
Kerajaan Mali isytihar tempoh darurat 10 hari
Serangan didakwa dilakukan kumpulan militan Algeria, Al-Murabitoun yang diketuai oleh Mokhtar Belmokhtar. - Foto Fail AFP
Kerajaan Mali mengisytiharkan tempoh darurat 10 hari susulan serangan di hotel yang meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa pada Jumaat.
Pengumuman dibuat Presiden Ibrahim Boubacar Keita menerusi siaran radio selepas mengadakan mesyuarat kabinet negara itu bagi membincangkan perkembangan krisis.
Ibrahim turut mengumumkan tiga hari tempoh berkabung bagi memperingati mangsa serangan yang didakwa dilakukan kumpulan militan Algeria, Al-Murabitoun yang diketuai oleh Mokhtar Belmokhtar.
Ia selepas siaran Al-Jazeera menyiarkan rakaman audio oleh kumpulan itu yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan di ibu kota Bamako itu.
Dalam kejadian yang berlaku pagi Jumaat itu, serangan dipercayai dilakukan oleh 10 lelaki bersenjata yang dipercayai anggota militan menawan 140 tetamu hotel dan 30 pekerjanya.
BBC melaporkan kumpulan penyerang masuk ke kawasan hotel menggunakan kenderaan diplomatik, sebelum melepaskan tembakan rambang.
Tindakan susulan pasukan keselamatan yang menyerbu hotel terbabit telah mencetuskan pertempuran hingga menyebabkan kematian.
Kebanyakan daripada 170 tebusan di Hotel Radisson Blu itu merupakan warga asing dan seorang pegawai rasmi dari Belgium adalah antara yang terkorban.
Hotel tersebut merupakan salah satu hotel terbesar di Mali yang dimiliki kumpulan Rezidor dari Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#Bamako
#Ibrahim Boubacar Keita
#Mali
#militan
#Mokhtar Belmokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan