BANGKOK: Perbincangan terbaharu antara Kerajaan Thailand dan kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, Barisan Revolusi Nasional (BRN) mencapai "kemajuan memberangsangkan" apabila kedua-dua pihak sepakat menghentikan keganasan sempena Ramadan.
Kesepakatan itu dicapai dalam mesyuarat dialog keamanan pusingan keempat yang diadakan di Kuala Lumpur dari 31 Mac hingga 1 April, disertai panel Dialog Keamanan Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PEDP) yang diterajui Jeneral Wanlop Rugsanaoh manakala delegasi BRN diketuai Anas Abdulrahman.
PEDP dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kedua-dua pihak mencapai satu kesepakatan yang penting sekali gus akan mewujudkan keamanan berpanjangan di wilayah sempadan selatan Thailand.
"Kedua-dua pihak saling bersetuju mengenai "Peaceful Ramadan Initiative" untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif ketika Ramadan.
"Inisiatif itu bertujuan memudahkan orang ramai melaksanakan ibadah mereka dengan selamat yang akan memupuk keyakinan masyarakat terhadap proses dialog damai yang inklusif," menurut PEDP.
Jendela Ramadan
Aktiviti di bawah inisiatif itu akan dilaksanakan secara timbal balik oleh setiap pihak mengikut Prinsip Umum Proses Dialog Keamanan.
"Diharap ia akan menjadi langkah penting ke arah keamanan mampan di wilayah sempadan selatan Thailand," menurut kenyataan itu.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Mohd Noor bertindak sebagai fasilitator dan turut melibatkan beberapa pakar sebagai pemerhati.
Sementara itu, menurut BRN kedua-dua pihak bersetuju untuk menghentikan keganasan sepanjang Ramadan bermula esok hingga 14 Mei (10 Syawal).
"Persetujuan ini adalah untuk melahirkan suasana aman dan sejahtera bagi komuti Pattani khususnya yang berada di lapangan dan sebagai proses mewujudkan keyakinan antara kedua-dua pihak dalam usaha mewujudkan perdamaian yang hakiki di Pattani," menurut BRN.
Dalam perkembangan lain, PEDP berkata kedua-dua pihak membincangkan kerangka kerja draf Kumpulan Kerja Bersama/Kumpulan Kajian Bersama yang akan ditubuhkan untuk menumpukan kepada tiga perkara substantif proses dialog damai iaitu: Pengurangan Keganasan, Perundingan Awam dan Penyelesaian Politik.
Selain itu, PEDP dan BRN menyokong "Prinsip Umum Proses Dialog Keamanan", yang menggariskan perkara substantif yang akan dibincangkan kedua-dua pihak.
Kedua-dua pihak juga akan mendukung proses dialog damai yang bermaruah dan inklusif di samping berusaha mencari penyelesaian politik.
Sebelum ini, rundingan damai antara BRN dan Thailand diadakan di Kuala Lumpur pada Januari dan awal Mac 2020.
Bagaimanapun, rundingan bersemuka terhenti selama hampir dua tahun berikutan pandemik COVID-19. Namun, kedua-dua pihak telah mengadakan tiga mesyuarat secara maya sepanjang tempoh itu.
Mesyuarat rasmi dilihat memberi sinar baharu untuk menamatkan keganasan di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla -- wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Keganasan di selatan Thailand mula tercetus pada 2004 di empat wilayah dan sehingga kini sudah meragut lebih 7,000 nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022
Keganasan di selatan Thailand mula tercetus pada 2004 di empat wilayah dan sehingga kini sudah meragut lebih 7,000 nyawa. - Foto fail/REUTERS
Polis Sarawak siap siaga tangani aspek keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata yakin anggotanya cukup bagi menangani aspek keselamatan sepanjang berlangsungnya SUKMA 2024 di Sarawak
Pemain bola sepak Sarawak diminta jaga keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata menasihati pemain dari negeri itu agar meningkatkan kewaspadaan susulan kes serangan dan jenayah membabitkan pemain bola sepak.
Kompleks latihan OKU kedua Sabah dibina di Sandakan
Dengan kos pembinaan RM3.2 juta ringgit, kompleks latihan yang sedang dalam pembinaan itu adalah yang kedua di Sabah selepasKompleks Latihan dan Pemulihan OKU Kimanis, Papar.
Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan MP - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang
Peruntukan RM1.41 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar Sabah
Peruntukan ini melibatkan 295 projek yang terdiri daripada 70 projek baharu dan 225 projek sambungan dengan kos keseluruhan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang berjumlah RM17.8 bilion.
Legasi besar Mutang Tagal untuk etnik Orang Ulu
Presiden Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) Kennedy Chukpai Ugon menyifatkan mendiang Datuk Mutang Tagal sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan banyak berjasa dalam menyatukan masyarakat Orang Ulu.
GPS, PBB dukacita atas pemergian Mutang Tagal
Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyifatkan Mendiang Datuk Mutang Tagak bukan sekadar rakan seperjuangan dalam politik tetapi juga kenalan rapat seluruh ahli keluarga.
DUN Sarawak bertafakur seminit peringati Mutang Tagal
Sebagai tanda penghormatan kepada Mendiang Datuk Muntang, Timbalan Speaker Datuk Idris Buang meminta seluruh ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk bertafakur selama satu minit.
Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000
Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas.
Pasang CCTV di tandas untuk aibkan rakan wanita, akauntan didenda RM4,500
Seorang akauntan didenda RM4,500 selepas mengaku mengaibkan kehormatan rakan sekerja wanitanya dengan memasang CCTV di tandas pejabat.
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pantau rapat serangan kebakaran di selatan Thailand
Berdasarkan laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas kerana insiden berkenaan.
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.
Rundingan damai selatan Thailand disambung semula
Selepas hampir setahun tergendala, Proses Dialog Damai di Selatan Thailand akan disambung semula bulan depan.
Minyak masak peket subsidi Malaysia dijual RM5 sepeket di Tak Bai
Minyak masak peket bersubsidi dari negara ini didakwa masih dijual di kedai-kedai di tepi sungai Golok di Tak Bai, Thailand.
Air surut, pembersihan rumah terjejas banjir di selatan Thailand bermula
Hujan lebat mengakibatkan banjir di lima wilayah selatan - Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun sejak 22 Disember lalu.
Hampir 70,000 isi rumah terjejas, banjir semakin buruk di wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya enam orang maut dan hampir 70,000 isi rumah terjejas berikutan banjir di lima wilayah di selatan Thailand.
Banjir di selatan Thailand semakin buruk, jejas hampir 20,000 rumah
Hujan lebat cetuskan banjir secara menyeluruh di selatan Thailand, menyebabkan hampir 20,000 isi rumah terpaksa berpindah di lima wilayah.
Selatan Thailand: Ribuan penduduk terjejas akibat banjir
Di Narathiwat seramai 9,558 penduduk terjejas manakala di Yala seramai 139.
14 maut, 35 cedera dalam nahas bas persiaran di selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 35 lagi cedera apabila sebuah bas persiaran terbabas dan melanggar pokok di wilayah Prachuap Khiri Khan, selatan Thailand.