awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana seekor lipas, dapur meletup dan rumah hampir terbakar

Agensi
Agensi
09/03/2018
12:32 MYT
Kerana seekor lipas, dapur meletup dan rumah hampir terbakar
Paparan skrin portal Daily Mail yang melaporkan tentang insiden itu.
Malang bagi seorang ayah apabila ketika cuba menghalau seekor lipas, dapur rumahnya meletup dan hampir menyebabkan rumahnya dijilat api di Queensland, Australia.
Menurut laporan media tempatan, letupan itu berpunca daripada cubaan lelaki itu menggunakan semburan aerosol untuk menghalau lipas di dapurnya.
Akibat letupan itu, kesemua tingkap di dapur pecah dan dindingnya berlubang. Namun rumahnya berjaya diselamatkan.
Mujur, ketika kejadian pada jam 8 malam Rabu lepas itu, ketiga-tiga anak lelaki itu yang berusia sembilan, 11 dan 17 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Cuma ayah mereka tercedera di bahagian muka dan lengan.
Memetik laporan Daily Mail, seorang pegawai pihak berkuasa, Louden, mendedahkan lelaki tersebut dianggap telah menyalahgunakan semburan aerosol tersebut kerana kegagalannya mengikuti arahan yang terdapat pada kanister itu.
Ibu mangsa, yang hanya dikenali sebagai Bernice, berkata dia hanya menyedari rumah anaknya terbakar pada keesokan hari.
"Saya terkejut melihat rumah itu. Apa yang saya tahu, letupan itu menyebabkan dapur di rumah terbakar dan anak saya tercampak," jelasnya.
Topic Berkaitan
#API
#Australia
#cedera
#letupan
#lipas
#penyembur api
#penyembur serangga perosak
#rumah terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan