awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta api bawa bahan api tergelincir di Sri Lanka selepas bertembung gajah

Bernama
Bernama
18/10/2024
10:08 MYT
Kereta api bawa bahan api tergelincir di Sri Lanka selepas bertembung gajah
Dua gajah mati dan beberapa ekor yang lain cedera parah dalam kemalangan itu, menurut laporan media tempatan. - Media sosial via Sinar Harian
COLOMBO: Sebuah kereta api yang mengangkut bahan api tergelincir di Wilayah Tengah Utara Sri Lanka selepas bertembung dengan sekumpulan gajah liar di landasan kereta api, menurut Jabatan Kereta Api, lapor Xinhua.
Nahas itu berlaku kira-kira 3.30 pagi waktu tempatan pada Jumaat ketika kereta api itu dalam perjalanan dari Terminal Penyimpanan Petroleum Kolonnawa di Colombo ke Batticaloa di Wilayah Timur.
Menurut Jabatan Kereta Api, empat gerabak tangki bahan api tergelincir akibat pelanggaran itu, menyebabkan kerosakan besar pada landasan kereta api.
Dua gajah mati dan beberapa ekor yang lain cedera parah dalam kemalangan itu, menurut laporan media tempatan.
Perkhidmatan kereta api di laluan utama Colombo-Batticaloa digantung buat sementara waktu kerana kerosakan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta api
#Sri Lanka
#muatan bahan api
#langgar gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan