awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta api penumpang bertembung di Jerman, kematian dilaporkan

Agensi
Agensi
09/02/2016
10:59 MYT
Kereta api penumpang bertembung di Jerman, kematian dilaporkan
Insiden itu berlaku di trek satu laluan di antara Rosenheim dan Holzkirhen pada kira-kira 7 pagi Selasa,- menurut syarikat Meridian, sebuah anak syarikat kumpulan Perancis, Transdev dalam satu kenyataan hari ini. - Gambar AFP
Dua kereta api penumpang bertembung di selatan Jerman hari ini, mengakibatkan empat penumpang terkorban dan 100 lagi tercedera, lapor polis tempatan.
“Jumlah kematian ketika ini ialah lapan orang, 55 kritikal, 40 mengalami cedera serius dan sejumlah 100 orang cedera ringan,” menurut jurucakap polis Martin Winkler di bandar Rosenheim kepada AFP.
Ratusan ahli pasukan penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan penumpang dari lokasi kejadian yang terletak berhampiran Bad Aibling, sebuah bandar rekreasi dan spa kira-kira 60 kilometer dari Munich.
Beberapa gerabak dilaporkan terbalik.
Insiden itu berlaku di trek satu laluan di antara Rosenheim dan Holzkirhen pada kira-kira 7 pagi Selasa,” menurut syarikat Meridian, sebuah anak syarikat kumpulan Perancis, Transdev dalam satu kenyataan hari ini.
Namun, sebab kejadian masih tidak dapat dikenal pasti.
Rainer Scharf, anggota polis dari Bavaria dipetik sebagai berkata, “melihat tahap kemalangan itu, kami percaya dua kereta api bertembung pada tahap kelajuan rendah.”
Beliau turut menambah fokus operasi mencari dan menyelamat tertumpu kepada “mereka yang tercedera.”
Pihak polis dalam Twitter berkata, beratus anggota keselamatan dari beberapa kawasan termasuk Austria sudah berada di lokasi kejadian.
Lebih sedozen helikopter telah digerakkan dalam operasi menyelamat dan visual televisyen menunjukkan anggota penyelamat menunggu tidak jauh dari lokasi insiden tersebut.
“Rel kereta api itu telah ditutup dari kegunaan awam,” lapor seorang wartawan penyiaran, Bayerischer Rundfunk.
Topic Berkaitan
#Jerman
#keretapi
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan