awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta bersama 50kg bahan letupan gegarkan Sungai Golok

Bernama
Bernama
26/06/2016
05:53 MYT
Kereta bersama 50kg bahan letupan gegarkan Sungai Golok
Polis sedang meneliti rakaman CCTV untuk mengenal pasti identiti lelaki yang menaiki tiga motosikal itu serta penumpang kereta terbabit.
Sebuah bom kereta meletup di pekan Sungai Golok di sini pagi ini mencederakan dua orang awam berada berhampiran lokasi kejadian, menurut polis.
Ketua Polis Sungai Golok Kol Korn-art Suwannakam berkata, dianggarkan 50kg bahan letupan diletakkan dalam kereta itu yang meletup kira-kira 6.10 pagi (waktu tempatan) berhampiran markas polis dan pasar serta rumah di pekan itu.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tiga buah motosikal mengambil penumpang kereta itu sebaik sahaja ia diletakkan di lokasi kejadian sebelum ia meletup tiga minit kemudian," katanya di sini, hari ini.
Polis, katanya sedang meneliti rakaman CCTV untuk mengenal pasti identiti lelaki yang menaiki tiga motosikal itu serta penumpang kereta terbabit untuk membantu siasatan.
Dianggarkan 50kg bahan letupan diletakkan dalam kereta itu.
Dianggarkan 50kg bahan letupan diletakkan dalam kereta itu.
Kedua-dua mangsa yang cedera dalam letupan bom kereta itu, seorang lelaki 40 tahun dan remaja perempuan 19 tahun sedang menerima rawatan di Hospital Ratchanakarin di sini, katanya.
Topic Berkaitan
#bom
#bom kereta
#Golok
#Narathiwat
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan