awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas putih hubungan dagangan China-AS didedahkan

Bernama
Bernama
10/04/2025
10:31 MYT
Kertas putih hubungan dagangan China-AS didedahkan
Dokumen itu menyebut bahawa adalah penting untuk menggerakkan hubungan perdagangan kedua-dua negara berkembang ke arah sihat, stabil dan mampan. - Gambar hiasan/ Adobe Stock
BEIJING: Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Rabu menyiarkan kertas putih mengenai pendirian China dalam beberapa isu membabitkan hubungan ekonomi dan dagangan China-Amerika Syarikat (AS).
Kertas putih itu menyatakan tindakan AS mengenakan tarif tambahan terhadap semua produk diimport dari China mendedahkan sifat negara itu yang mengamalkan unilateralisme dan pembulian.
Tingkah laku AS bertentangan dengan prinsip ekonomi pasaran dan multilateralisme, serta akan memberi kesan serius kepada hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS.
Susulan kenaikan tarif AS, China telah pun melaksanakan tindakan balas tegas selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.
Menurut dokumen itu, tiada pemenang dalam perang perdagangan dan amalan perlindungan akan menemui jalan buntu. Kejayaan yang diraih oleh satu pihak merupakan peluang bagi pihak lain, bukan ancaman.
Diharap AS dapat bergerak sehaluan dengan China, dan menangani kebimbangan masing-masing menerusi dialog dan rundingan berlandaskan prinsip saling hormat, hidup bersama secara damai dan kerjasama saling untung.
Dokumen itu menyebut bahawa adalah penting untuk menggerakkan hubungan perdagangan kedua-dua negara berkembang ke arah sihat, stabil dan mampan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#tarif AS
#buli
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan