awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi
Pelakon Vijay tiba di Kuala Lumpur menjelang pelancaran audio filem Jana Nayagan
Jaringan penalti Salah bantu Mesir tewaskan Afrika Selatan 1-0, walau beraksi dengan 10 pemain
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 seluruh dunia kini 63.6 juta

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2020
21:59 MYT
Kes COVID-19 seluruh dunia kini 63.6 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 13.65 juta kes jangkitan. -Gambar fail
JUMLAH kumulatif COVID-19 di seluruh dunia kini mencatatkan 63.6 juta kes.
Ini berikutan ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 13.65 juta kes jangkitan.
Ini diikuti India dengan 9.46 juta kes, manakala Brazil merekodkan 6.33 juta kes.
Negara yang melepasi angka 2 juta kes ialah Rusia (2,302,062) dan Perancis (2,275,016).
Negara dengan kes jangkitan positif COVID-19 melepasi 1 juta kes ialah Sepanyol (1,656,444), United Kingdom (1,647,223), Itali (1,620,901), Argentina (1,424,533), Colombia (1,316,806), Mexico (1,107,071) dan Jerman (1,069,763).
Sementara itu, Poland, Peru , Iran, Afrika Selatan, Ukraine, Turki, Belgium, Iraq, Chile, Indonesia, Belanda dan Czechia termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes
Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Romania , Bangladesh,Filipina, Pakistan, Kanada , Arab Saudi, Maghribi dan Switzerland.
Dalam pada itu, sebanyak 33 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,000 kes.
Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.
Topic Berkaitan
#Johns Hopkins University
#COVID-19
#koronavirus
#Amerika Syarikat
#Brazil
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan