awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, Indonesia
Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 11 pagi ini
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi

Agensi
Agensi
26/12/2025
23:40 MYT
Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi
Laluan berkenaan melalui bandar Weinan dan Tongchuan, serta berhenti di lapan stesen baharu iaitu Gaoling, Fuping Selatan, Tongchuan, Tongchuan Utara, Yijun, Huangling, Luochuan dan Fuxian Utara. - Gambar China Railway
LALUAN kereta api laju sejauh 299 kilometer yang menghubungkan bandar Xi’an dan Yan’an di wilayah Shaanxi, barat laut China, mula beroperasi secara rasmi pada Jumaat.
Ia sekali gus menjadikan jumlah panjang rangkaian kereta api laju negara itu melebihi 50,000 kilometer.
Pada jam 10 pagi Jumaat, sebuah tren laju Fuxing bertolak dari Yan’an menuju ke ibu negeri Xi’an, menandakan pembukaan rasmi laluan baharu itu.
Yan’an dikenali sebagai tapak penting dalam sejarah revolusi China dan terletak di kawasan pergunungan utara Shaanxi.
Laluan berkenaan melalui bandar Weinan dan Tongchuan, serta berhenti di lapan stesen baharu iaitu Gaoling, Fuping Selatan, Tongchuan, Tongchuan Utara, Yijun, Huangling, Luochuan dan Fuxian Utara.
Laluan berkenaan melalui bandar Weinan dan Tongchuan, serta berhenti di lapan stesen baharu iaitu Gaoling, Fuping Selatan, Tongchuan, Tongchuan Utara, Yijun, Huangling, Luochuan dan Fuxian Utara.
Laluan berkenaan melalui bandar Weinan dan Tongchuan, serta berhenti di lapan stesen baharu iaitu Gaoling, Fuping Selatan, Tongchuan, Tongchuan Utara, Yijun, Huangling, Luochuan dan Fuxian Utara.
Laluan Xi’an–Yan’an direka untuk kelajuan sehingga 350 kilometer sejam dan merupakan sebahagian penting rangkaian kereta api laju nasional China yang merangkumi lapan laluan utama dari utara ke selatan dan lapan laluan dari timur ke barat.
Pada peringkat awal operasi, sehingga 38 perkhidmatan tren disediakan setiap hari, dengan masa perjalanan antara Stesen Xi’an Utara dan Yan’an dipendekkan kepada hanya 68 minit, iaitu 62 minit lebih cepat berbanding tren penumpang biasa sebelum ini.
Pembangunan itu dilihat mempercepat integrasi wilayah serta menyokong pertumbuhan kluster bandar di seluruh China.
Topic Berkaitan
#China
#kereta api laju
#wilayah Shaanxi
#revolusi China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan