awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 Singapura lepasi angka satu juta

Bernama
Bernama
19/03/2022
20:30 MYT
Kes COVID-19 Singapura lepasi angka satu juta
Singapura yang melaporkan kes pertama COVID-19 pada Januari 2020 mencatatkan 1,194 kematian setakat ini. - Foto REUTERS/Edgar Su
SINGAPURA: Angka kes COVID-19 Singapura melebihi satu juta selepas republik itu melaporkan 10,244 kes harian baharu pada Sabtu (19 Mac), sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,007,158 kes.
Republik itu turut melaporkan tiga kematian, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam data yang disiarkan di laman webnya pada Sabtu.
Singapura yang melaporkan kes pertama COVID-19 pada Januari 2020 mencatatkan 1,194 kematian setakat ini.
Sepanjang 28 hari lepas, 435,235 orang telah dijangkiti dengan 99.7 peratus bergejala ringan manakala 0.2 peratus memerlukan bantuan oksigen dan 0.04 peratus pesakit di unit rawatan rapi.
Singapura melaporkan kes baharu COVID-19 harian tertinggi iaitu 26,032 pada 22 Feb 2022.
Sehingga 18 Mac 2022, kira-kira 95 peratus daripada penduduknya sudah melengkapkan vaksinasi mereka, dan 70 peratus daripada jumlah populasi telah menerima suntikan penggalak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#Singapura
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan