awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 di Indonesia boleh cecah 40,000 sehari

Agensi
Agensi
07/07/2021
04:16 MYT
Kes COVID-19 di Indonesia boleh cecah 40,000 sehari
Bekalan oksigen tambahan sedang diperoleh dan sebagai persiapan jika kes jangkitan mencecah 50,000 kes atau lebih. - AP
JAKARTA: Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia dikhuatiri boleh mencecah 40,000 kes sehari, menurut Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan pada Selasa.
Beliau yang berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan dan agensi pengurusan bencana, memberitahu pihak pemerintah sudah bersiap sedia sekiranya kes meningkat sebanyak itu pada bila-bila masa.
“Jumlah kes jangkitan kini terus bertambah. Tidak mustahil boleh cecah 40,000 atau lebih.
“Sehubungan itu, kerajaan bersedia menghadapi sebarang senario, termasuk penyediaan ubat-ubatan, bekalan oksigen dan hospital.
“Jika kita memerlukan bantuan dari luar negara, kita sudah berhubung dengan Singapura, dan juga China serta sumber lain,” ujarnya.
BACA: COVID-19 di Indonesia: Lebih 31,000 kes baharu harian, lebih 700 meninggal dunia
Laporan media tempatan sepanjang minggu lalu menyatakan beberapa hospital semakin kekurangan bekalan oksigen, antaranya insiden puluhan pesakit di Jogjakarta meninggal dunia kerana kehabisan bekalan oksigen cecair pusatnya.
Dalam senario keperluan seluruh negara, Luhut menambah, bekalan oksigen tambahan sedang diperoleh dan sebagai persiapan jika kes jangkitan mencecah 50,000 kes atau lebih.
Indonesia ketika ini bergelut dengan gelombang COVID-19 yang kritikal dengan lebih 2.3 juta kes jangkitan dan 61,868 kematian di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#Luhut Pandjaitan
#Menteri Penyelaras
#oksigen
#pesakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan