awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi

Agensi
Agensi
07/05/2024
00:50 MYT
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Dua bekas pegawai bank Goldman telah didakwa atas kesalahan jenayah berkaitan kes melibatkan 1MDB. - Gambar fail/REUTERS
NEW YORK: Pendakwaan jenayah kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap Goldman Sachs berkaitan peranan Wall Street terhadap dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara rasmi ditamatkan pada Isnin.
Ia selepas Goldman Sachs memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, Margo Brodie menolak tuduhan konspirasi rasuah terhadap Goldman, selepas bank itu berjaya menyelesaikan perjanjian penangguhan pendakwaan tiga tahun yang tamat pada Oktober.
Bank itu sebelum ini membantu menjual AS$6.5 bilion bon untuk 1MDB, yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dengan bantuan Jho Low, untuk menggalakkan pembangunan ekonomi.
Pihak berkuasa AS dan Malaysia berkata, AS$4.5 bilion telah disalurkan, dengan sebahagian dilencongkan ke akaun bank luar pesisir dan 'syarikat cengkerang' (shell company) dikaitkan dengan Low, yang kini menjadi buruan.
Goldman berkata pegawai 1MDB dan bekas pegawai kerajaan Malaysia telah menipu mereka tentang bagaimana hasil jualan bon akan digunakan.
Bank tersebut mengutip kira-kira AS$600 juta dalam yuran, dan unit Malaysia mereka mengaku bersalah atas tuduhan rasuah.
Dua bekas pegawai bank Goldman telah didakwa atas kesalahan jenayah dalam perkara itu.
Tim Leissner, yang mengetuai perniagaan Goldman di Asia Tenggara, mengaku bersalah dan masih belum dijatuhkan hukuman.
Manakala bekas ketua perbankan pelaburan di Malaysia, Roger Ng, disabitkan kesalahan di Brooklyn dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, namun dihantar ke Malaysia pada Oktober lalu untuk membantu siasatan di negara ini.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak
#Jho Low
#Goldman Sachs
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan