awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes MERS pertama dilaporkan di Thailand

AFP
AFP
18/06/2015
13:17 MYT
Kes MERS pertama dilaporkan di Thailand
Ini merupakan kes MERS pertama yang dilaporkan di Thailand. - Gambar fail
Pihak berkuasa kesihatan Thailand mengesahkan seorang lelaki berusia 75 tahun dari Timur Tengah dijangkiti MERS, menjadikannya kes pertama di negara tersebut semenjak virus pembunuh itu mula merebak di Korea Selatan.
“Lelaki berkenaan dari sebuah negara Timur Tengah. Keputusan ujian mengesahkan dia telah dijangkiti Wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS),” kata Rajata Rajatanavin, Menteri Kesihatan Awam Thailand, sambil menambah pesakit itu telah mengembara ke beberapa tempat di negara itu selama beberapa hari bersama keluarganya.
Thailand telah membuat pemeriksaan ke atas kira-kira 20 orang untuk mengesan virus itu, dan kesemua yang diuji negatif.
MERS telah merebak di Korea Selatan sejak kes pertama didiagnosis pada 20 Mei lalu, dan setakat ini telah menjangkiti 165 orang.
Terdahulu pada Khamis, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan, telah menyuarakan keyakinan dalam usaha membendung wabak MERS yang setakat ini telah membunuh 23 orang.
Topic Berkaitan
#MERS
#Wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan