awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pengetua sekolah agama hadapi 23 tuduhan pecah amanah
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden kemalangan tren di Sepanyol - Wisma Putra
Enam projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi lewat setakat Dis 2025 - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes positif COVID-19 di Indonesia 78,572, kes kematian 3,710 orang

Bernama
Bernama
14/07/2020
12:21 MYT
Kes positif COVID-19 di Indonesia 78,572, kes kematian 3,710 orang
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 78,572 kes, susulan penambahan 1,591 kes baharu dalam tempoh 24 jam. - Reuters
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 78,572 kes, susulan penambahan 1,591 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 54 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,710 orang.
"Sebanyak 23,001 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.
Provinsi tertinggi kes positif keseluruhan adalah di Jawa Timur iaitu sebanyak 17,230 kes, diikuti Jakarta (15,064 kes) dan selebihnya di 32 lagi provinsi lain.
Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,247 kes, diikuti Jakarta (701 kes), Jawa Tengah (240), Sulawesi Selatan (239) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Jakarta
#kes positif
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan