awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa kementerian dalam radar SPRM berkaitan isu perolehan - Azam
Saluran aduan rasmi Majlis Media Malaysia kini dibuka
Tan Sri antara dua ditahan kes penipuan pelaburan lebih RM300 juta - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden kemalangan tren di Sepanyol - Wisma Putra

Bernama
Bernama
22/01/2026
09:00 MYT
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden kemalangan tren di Sepanyol - Wisma Putra
Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan insiden itu secara dekat dan akan menyalurkan maklumat terkini sekiranya perlu, tambahnya. - Gambar fail/ Reuters
PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada warganegara Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden perlanggaran dua tren berkelajuan tinggi di Cordoba, Sepanyol pada 18 Jan lepas.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa pengesahan berkenaan dibuat berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi daripada pihak berkuasa Sepanyol.
"Kedutaan Besar Malaysia di Madrid telah melaksanakan usaha bersepadu bagi mengesahkan kemungkinan penglibatan warganegara Malaysia. Usaha ini telah dilaksanakan menerusi libat urus secara langsung dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan," menurut Wisma Putra.
Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan insiden itu secara dekat dan akan menyalurkan maklumat terkini sekiranya perlu, tambahnya.
Media sebelum ini melaporkan bahawa angka korban nahas tren berkelajuan tinggi di selatan Sepanyol itu meningkat kepada 41 orang pada 20 Jan lepas, dengan pihak berkuasa bimbang dua lagi mayat mungkin ditemukan di bawah bangkai tren.
Dua tren berkenaan, masing-masing dalam perjalanan bagi laluan Malaga-Madrid dan Madrid-Huelva, terbabit dalam perlanggaran berhampiran bandar Cordoba di selatan Sepanyol kira-kira 7.45 malam waktu tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan kereta api
#sepanyol
#rakyat Malaysia
#Cordoba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami