awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembakan rambang: Bendera di Florida dikibar separuh tiang

Agensi
Agensi
15/02/2018
16:14 MYT
Kes tembakan rambang: Bendera di Florida dikibar separuh tiang
Suspek dikatakan memakai topeng gas sambil membawa senapang AR-15, peluru dan bom asap sebelum menarik penggera kebakaran membuatkan pelajar keluar dari kelas. -Foto WSVN.
Pihak berkuasa Florida mengarahkan agar bendera dikibar separuh tiang bagi memberi penghormatan kepada mangsa tembakan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas yang mengorbankan 17 nyawa.
Jurucakap Supretendan Robert Runcie berkata sekolah itu akan ditutup sepanjang minggu ini dan sesi kaunseling akan diberikan kepada pelajar dan keluarga mangsa.
Dua penasihat Amerika Syarikat di Florida berkata suspek Nikolas Cruz,19 tahun, memakai topeng gas sambil membawa senapang AR-15, peluru dan bom asap sebelum menarik penggera kebakaran membuatkan pelajar keluar dari kelas.
Cruz disifatkan sebagai ‘orang buangan’ berikutan sikapnya yang gemar menarik penggera keselamatan tanpa sebab dan kegilaannya terhadap senjata api.
BACA: 17 maut dalam kejadian tembakan rambang di Florida
Menurut portal berita News4JAX, Cruz juga telah dibuang sekolah berikutan masalah disiplin.
Ketika insiden itu berlaku para pelajar menggigil ketakutan dan sempat menghantar pesanan kepada keluarga mereka.
Beberapa keping gambar dan video yang tular ketika insiden tersebut turut menunjukkan para pelajar dalam keadaan cemas semasa tembakan dilepaskan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Florida
#keselamatan
#Nikolas Cruz
#sekolah
#Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan