DUNIA
Kesan ganja dalam gula-gula Haribo bukan berlaku semasa pengeluaran - Pengilang

Sebelum ini, Haribo menarik balik bungkusan gula-gula di Belanda, Belgium dan Luxembourg selepas beberapa bungkusan didapati mengandungi kesan ganja. - Gambar fail/Reuters
AMSTERDAM: Kesan ganja yang ditemukan dalam bungkusan gula-gula Haribo di Belanda bukan berpunca daripada proses pengeluaran, kata pengilang gula-gula itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Penarikan produk di beberapa negara: Haribo menarik balik bungkusan gula-gula di Belanda, Belgium, dan Luxembourg selepas beberapa bungkusan didapati mengandungi kesan ganja.
- Siasatan mengesahkan tiada pencemaran semasa pengeluaran: Ujian makmal bebas dan siasatan dalaman Haribo mendapati ganja tidak memasuki produk semasa proses pengeluaran.
- Amaran kesihatan dan kesan kepada pengguna: Badan keselamatan makanan Belanda (NVWA) memberi amaran bahawa pengambilan produk tercemar boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti pening.
Siasatan Haribo dan ujian makmal bebas mendapati ganja itu tidak memasuki produk semasa pengeluaran, kata Haribo.
"Kami berbesar hati mengesahkan bahawa keputusan ujian adalah negatif dan tiada tanda-tanda pencemaran," kata jurucakap Haribo.
"Siasatan dalaman kami juga menunjukkan tiada sebarang penyelewengan dalam proses pengeluaran kami."
Haribo bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menentukan bagaimana ganja itu boleh masuk ke dalam gula-gula itu.
NVWA turut memberi amaran bahawa pengambilan botol cola yang tercemar boleh menyebabkan masalah kesihatan, termasuk pening.
Beberapa individu, termasuk kanak-kanak, mengadu mengalami rasa tidak sihat.
Dua kanak-kanak telah dirawat di hospital, dan seorang daripada mereka dilaporkan koma.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami