MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 Ogos 2025.
Tiga pelajar yang merupakan antara 60 individu yang telah diambil keterangan oleh pihak polis berhubung siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir masih bersekolah di sekolah yang sama dan tidak dipindahkan ke institusi lain, menurut Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin.
"Saya terus berenang siang dan malam... kadang-kadang keliru antara realiti dan mimpi." Demikian luahan Ahmet Volkan Ata, kapten kapal layar Daisy yang karam di perairan Pulau Yu, Selasa lalu.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda akan terus bersuara mengenai isu pencerobohan tanah di negeri ini sehingga kegiatan itu dihentikan sepenuhnya.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengadakan Lawatan Negara ke Rusia dari 5 hingga 10 Ogos ini atas jemputan Presiden negara itu, Vladimir Putin.
Polis telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Penyahsenaraian FGV Holdings Bhd daripada Bursa Malaysia, yang akan bermula 28 Ogos ini, diharap dapat mengembalikan tujuan penubuhan syarikat itu kepada matlamat asalnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan Aktiviti Imunisasi Tambahan Measles-Rubella (MR SIA) bagi kanak-kanak berumur enam hingga 59 bulan, bermula 4 Ogos hingga 12 Okt ini di seluruh negara.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah memperakui peranan yang dimainkan oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, dalam rundingan antara Thailand dan Kemboja, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penduduk terjejas meluahkan rasa kecewa terhadap kelewatan kerja baik pulih dan pembinaan semula rumah. Daripada 137 rumah terjejas, hanya 13 sedang dibina semula walaupun 43 diisytihar musnah sepenuhnya.
Sebanyak lima lagi lelaki warga Malaysia ditempatkan di Penjara Wilayah Narathiwat sejak awal tahun ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan meningkat daripada 31 kepada 36 orang termasuk lapan wanita.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami