SINGAPURA: Kesesakan di Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura semakin berkurang hasil usaha bersama oleh pelbagai kementerian di Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak-pihak yang berkaitan di Singapura.
Untuk itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perhargaannya atas sumbangan besar kementerian berkaitan dan Jabatan Kastam yang membantu mengurangkan kesesakan, yang sebelum ini merupakan masalah besar dalam kalangan pekerja Malaysia yang terpaksa bangun pukul 4 pagi untuk menyeberang sempadan antarabangsa yang paling sibuk di dunia itu.
Lebih 350,000 orang menggunakan Tambak Johor setiap hari.
Anwar berkata demikian pada sidang media bersama rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong pada Isnin.
Kedua-dua Perdana Menteri itu bertemu di Singapura untuk sesi Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 yang pertama sejak pandemik COVID-19.
"Singapura memerlukan Woodlands (Woodlands Check Point (WCP)) yang kini di bawah bidang kuasa Malaysia.
"Saya memaklumkan bahawa kita (Malaysia) boleh memudahkan penjualannya (WCP) supaya Singapura mendapat kemudahan itu untuk melancarkan lagi aliran masuk pekerja Malaysia ke Singapura, dan kemasukan rakyat Singapura ke Johor khasnya pada hujung minggu," katanya.
Sementara itu, Lee berkata Singapura telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menjadikan perjalanan rentas sempadan lebih lancar dan cekap sambil mengekalkan keselamatan sempadan.
"Kami juga telah memulakan pembangunan semula WCP untuk meningkatkan kapasitinya dan memenuhi pertumbuhan jangka panjang untuk perkhidmatan perjalanan rentas sempadan.
"Saya gembira PM Anwar menyambut baik dan menyokong usaha Singapura," kata beliau.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pemukiman itu, Kumpulan Kerja Hubungan Pengangkutan bekerjasama rapat untuk mengukuhkan infrastruktur dan ketersambungan rentas sempadan antara Singapura dan Johor.
Agensi pengangkutan dari kedua-dua negara turut mencapai kemajuan dalam mengukuhkan rangkaian pengangkutan dan memudahkan penumpang, dengan meningkatkan kekerapan perkhidmatan bas rentas sempadan dan memperkenalkan perkhidmatan feri baharu.
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) mengunjurkan jumlah trafik di WCP meningkat hampir 40 peratus menjelang 2050. Ini bermakna purata harian kira-kira 400,000 pengembara berbanding tahap sebelum pandemik iaitu kira-kira 300,000 orang pada tahun 2019.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar dan Lee turut menyambut baik kemajuan yang dicapai dalam projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura.
RTS akan menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands North dengan kapasiti puncak seramai 10,000 penumpang sejam, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan di sepanjang Tambak dan mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Singapura.
Anwar dan Lee menyuarakan keyakinan mereka terhadap permulaan perkhidmatan RTS menjelang akhir 2026. Kedua-dua pemimpin turut mengarahkan pegawai mereka untuk terus bekerjasama rapat bagi menjayakan projek RTS berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Anwar dan Lee turut menyambut baik kemajuan yang dicapai dalam projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura. - Gambar Bernama
Boleh guna kad debit, kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.
Bekas pemain yakin Arne Slot pilihan tepat buat Liverpool
Feyenoord dan Liverpool dilaporkan minggu lalu mencapai persetujuan pada dasarnya untuk Slot mengambil alih daripada Jurgen Klopp musim depan.
Blinken akan terus desak Netanyahu
Blinken berkata masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan bantuan sampai kepada orang ramai secara berterusan.
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.
IsDB simpul mesyuarat 4 hari, dengan 85 perjanjian pembiayaan US$8 bln
Perjanjian tersebut berkaitan dengan operasi serta projek dalam pelbagai sektor, kata Presiden IsDB Dr Muhammad Al-Jasser.
AWANI Pagi: Hari Pekerja 2024 - Tangani stres, perbaiki psikologi pekerja
Bersempena Hari Pekerja yang disambut 1 Mei, ia boleh disifatkan sebagai hari meraikan pekerja yang membantu dalam pembangunan ekonomi dan produktiviti tempatan.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
AWANI Pagi: SSPA, jangan tinggal lagi skim kami?
Diskusi AWANI Pagi bersama Setiausaha Agung Gabongan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS), Amir Hamzah Yakat Ali untuk mengupas mengenai nasib, dan kebajikan perkhidmatan awam bersempena Hari Pekerja 2024.
Universiti Columbia ancam buang pelajar rampas bilik kuliah
Pendudukan bermula semalaman apabila penunjuk perasaan memecahkan tingkap dan memasuki Hamilton Hall.
Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa
Semua penjawat awam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuk pegawai masjid dan surau, guru serta Penolong Pendaftar Perkahwinan diingatkan supaya mematuhi ketetapan dan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik.
Pilih aliran pendidikan hak ibu bapa - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata terdapat peningkatan kemasukan pelajar Melayu ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) termasuk di Kelantan.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.